PENANG, 23 July 2009: The MIC is willing to offer RM3.2 million if the Penang government can get back the land in Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor from the developer.MIC Youth chief T Mohan said the move was to enable the residents to continue living in the village.
He was speaking to reporters after handing a memorandum to Chief Minister Lim Guan Eng through the latter's political secretary Ng Wei Eik at the Komtar building here today.Mohan and a group of men arrived at Komtar at about 5.30pm to hand over the memorandum immediately after he was released from police arrest.
Asked whether the value of the land of the land could be higher than the price at which the land was sold, Mohan said, "Why did the Pakatan Rakyat state government proceed with the sale of the land when they knew the value was higher?"
Itu sebahagian dari berita yang aku copy dari The Nut Graph yang kalau diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia berbunyi lebih kurang begini..
Pulau Pinang, 23 julai 2009: MIC sanggup menawarkan RM3.2 Juta jika kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh mendapatkan kembali tanah Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor dari pemaju. Ketua pemuda MIC T.Mohan berkata tindakan ini dilakukan bagi membolehkan penduduk kampung itu terus kekal disitu.
Dia bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui setiausaha politiknya Ng Wei Eik di Komtar hari ini. Mohan dan gerombolannya bergegas ke Komtar setelah dibebaskan dari tahanan dan tiba di Komtar pada pukul 5.30 petang untuk menyerahkan memorandum tersebut..
Ditanya samada harga tanah itu sekarang mungkin lebih tinggi dari harga ketika dijual, Mohan berkata "KENAPA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MENERUSKAN PENJUALAN BILA MEREKA TAHU NILAI TANAH ITU LEBIH TINGGI?"
Nampaknya dia juga bercakap tanpa mengetahui fakta , serupa dengan pemuda UMNO juga yang bercakap ikut suka depa saja...
Menurut rekod Tanah Kampung Buah Pala telah dijual oleh Kerajaan BN dan Kerajaan PR yang di ketuai oleh Lim Guan Eng pada 27 March tahun lepas hanya mengeluarkan surat untuk mengesahkan pemilikan tanah yang dikeluarkan oleh Kerajaan BN dulu..
Harga asal tanah tersebut ialah RM6.4 Juta, dan diskaun 50% telah diberikan oleh Koh Tsu Koon kepada pada 09/04/2006 Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang yang membeli tanah tersebut membuat rayuan. Menjadikan kadar premium bagi luas sekaki persegi tanah itu cuma RM10.
Pada 25/04/2007 Timbalan Ketua Menteri pada waktu itu Dato Seri Abdul Rashid Abdullah mencadangkan agar tanah tersebut dijual dengan harga RM3.21 Juta.
Kenapa ketika berlakunya penjualan tanah ini, MIC yang diwakili oleh ADUN Perai Dr. K. Rajapathy pada masa itu tidak menentang??
Setelah pemerintahan Pulau Pinang bertukar tangan pada Mac 2008, Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) telah mengarahkan pihak koperasi untuk membayar balik diskaun premium 50% yang telah diberikan oleh kerajaan BN dulu.. malangnya pada 03/07/09 pihak Koperasi melalui surat telah menyatakan tidak akan membayar diskaun tersebut...
Pihak pemaju juga telah menyatakan akan menyaman Kerajaan Negeri RM150 Juta jika Kerajaan Negeri bertindak untuk mengambil semula tanah itu.
Bagaimana MIC boleh terfikir untuk meminta Kerajaan Negeri membeli semula tanah tersebut dengan harga RM3.2 Juta sahaja, sedangkan harga asal tanah tersebut ialah RM6.4 Juta.
Adakah pihak Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang akan menjual tanah Kampung Buah Pala pada harga yang kurang RM0.01 Juta dari harga yang mereka telah beli??
Dan jika Kerajaan Negeri PR boleh mendapatkan semula tanah itu, MIC akan menanggung semua kos yang mungkin akan timbul jika Projek The Oasis oleh Nusmetro dihentikan??
Betul kata orang.. kalau hendak jadi pandai berkawanlah dengan orang-orang pandai.. dan kawan-kawan yang bodoh akan menjadikan kita juga turut bodoh!!
Pemuda MIC telah membuktikan kata-kata itu benar!!! kerana kawan mereka Pemuda UMNO...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!