Kepala lembu diarak menuju ke bangunan SUK Selangor.
Kenyataan jenis apa ini???
SHAH ALAM, Aug 28 – Sekumpulan Melayu Islam yang mendakwa sebagai penduduk Section 23 mengugut akan menyebabkan pertumpahan darah kecuali kerajaan negeri menghentikan pembinaan Kuil Hindu disitu.
“Saya cabar YB Khalid, YB Rodziah dan Xavier Jeyakumar untuk meneruskan pembinaan kuil itu, Saya jamin pertumpahan darah dan ketegangan kaum akan tercetus jika pembinaan ini diteruskan juga dan kerajaan negeri akan dipertanggungjawabkan” jerit Ibrahim Hj Sabri disertai dengan laungan “Allahu Akhbar!”
Ibrahim mendakwa dirinya sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk yang menentang pembinaan kuil di S23.
“Dengan ujudnya Kuil di Kawasan kami, kami tidak dapat menjalankan tanggungjawab kami sebagai seorang Islam dengan sempurna. Kuil ini akan menganggu aktiviti harian kami seperti solat di Surau. Kami tidak boleh khusyuk dengan bunyi bising yang datang dari Kuil itu.” Kata Zurit Bin Ramli yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha “ Coalition of Malaysian NGO’s”
Ibrahim juga mendakwa bahawa orang-orang yang hadir disitu adalah ahli kepada PAS, PKR dan juga UMNO yang bersatu atas nama Islam dan Semangat Melayu.
Kenyataan yang pertama tu memang sangat berbau perkauman dan ugutan.. tapi kenyataan yang kedua tu bunyi macam kenyataan orang bodoh saja..
Firman Allah s.w.t. bermaksud: Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan. (al-An'am: 108)
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!