MERDEKA!! Ini hadiah untuk kita..


Bagi menghargai usaha anak-anak Malaysia dalam membangunkan Malaysia dan mengekalkan keharmonian sesama bangsa di dalam negara Malaysia ini.

Kerajaan Malaysia dengan bangganya menghadiakan hadiah yang amat istimewa buat 1Malaysia sempena menyambut kemerdekaan ini iaitu kenaikkan harga petrol,dipercayai akan bermula pada tengah malam ini (31/08/09)..

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala Ron 97 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

Dan ini amatlah selari dengan tema 1Malaysia " RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". Rakyat didahulukan dalam merasai keperitan hidup ketika ekonomi meleset, Pencapaian kerajaan dalam menyusahkan rakyat telah diutamakan..

Sementara itu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mengulas"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita,"

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Sumber berita : HarakahDaily.Net

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post