Penamaan Calon PRK Permatang Pasir..


PERMATANG PAUH, 17 Ogos: Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man akan bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Umno, Rohaizat Othman dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka.

Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi.

Beliau dilaporkan tidak serius untuk menyertai pertandingan kali ini selepas dua kali hilang wang pertaruhan untuk dua kali penyertaannya sebelum ini.

Walaupun sampai sebelum jam 10 pagi, namun beliau dilihat tidak terus ke meja untuk menghantar kertas pencalonan.

Gambar-gambar penyokong Pakatan Rakyat yang hadir..


Ada surat khabar kata 500 orang saja??

Ish.. takkan 500 orang saja kot?? cuba kira tengok..



Ketua Pemuda PAS Penang

Tempat duduk paling mahal.. pasal tu kat sini tak ramai orang..

Posing dalam Parit.. pasal kat atas tak ada tempat..


Kelompok yang ada dibelakang.

Orang kampung aku ni..

500 orang ?? bodoh apa...


Berita dari : HarakahDaily
Gambar dari : Aku sendiri

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post