Masaalah MCA, masaalah BN jua..


Masalah dalam MCA telah membayangkan masalah yang wujud di dalam Barisan Nasional selama ini. Pengerusi MCA yang juga Menteri Pengangkutan telah menyatakan beliau menghadapi pelbagai tentangan daripada pelbagai pihak kerana menjalankan penyiasatan ke atas Kes Zon Perdagangan Bebas Klang (PKFZ), hal ini juga mungkin dibawa oleh Ong Tee Kiat dalam EGM MCA yang akan berlangsung. Tetapi apakah kaitan diantara Kes Zon Perdagangan Bebas Klang (PKFZ) dengan EGM MCA? Kenapa Ong harus menjadikan wakil pusat MCA sebagai benteng beliau dalam penyiasatan PKFZ ini?

Ini telah menunjukkan kegagalan MCA mahupun Barisan Nasional dalam membanteras masalah rasuah yang wujud. Selain itu, perebutan kuasa dalam MCA turut mengambarkan masalah yang wujud dalam Barisan Nasional, sebagai contoh, Parti Progresif Rakyat (PPP) yang memecat timbalan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Murugiah, UMNO Terengganu yang kini berhadapan dengan masalah pimpinan Ahamd Said yang berlanjutan sehingga kedengaran sebanyak 9 ADUN akan melompat parti, tindakan Samy Vellu yang menyatakan sokongan terhadap calonnya dalam pemilihan MIC kebelakangan ini.

Selepas menerima kekalahan teruk dalam Pilihan Raya 2008, Komponen Parti Sabah yang meninggalkan Barisan Nasional dan kekalahan berturut-turut dalam 7 pilihan raya kecil yang diadakan telah menjejaskan semangat para penyokong Barisan Nasional. Pemimpin Barisan Nasional harus memikirkan cara untuk menaikan semula semangat para penyokongnya lalu menetapkan apa yang harus dikecapi mereka pada hari akan datang. Tetapi nampaknya para pemimpin Barisan Nasional masih tidak dapat melakukan tindakan sedemikian.

Maka, parti komponen dalam Barisan Nasional sendiri telah kebangkitan sendiri kerana kegagalan pemerintahan pusat Barisan Nasional untuk berbuat demikian. MCA memilih Kes Zon Perdagangan Bebas Klang (PKFZ) untuk memperolehi semula sokongan rakyat, manakala segelintir pemimpin UMNO pula memilih cara memainan isu perkauman untuk mendapat sokongan orang Melayu. Selain itu, mereka turut merancang untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai cara. Mereka juga membenarkan 2 parti baru orang India ditubuhkan supaya undi orang India dapat dipecahbelahkan.

Sebenarnya Pakatan Rakyat juga dikatakan gagal menyatukan kesemua parti dalamannya, namum masalah yang melanda Barisan Nasional jauh lebih banyak menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadapnya. Maka, apa yang Barisan Nasional perlu buat sekarang adalah menyatupadakan parti komponennya, jangan biar masalah dalaman parti (perebutan kuasa) mencemari imej orang ramai terhadap Barisan Nasional.

Masalah perebutan kuasa dalam MCA akan menyebabkan Barisan Nasional hilang undi orang Cina. Ini bukan masalah MCA sahaja tetapi masalah Barisan Nasional kerana Barisan Nasional gagal menyediakan pentas supaya memberitahu orang ramai MCA tidak dikongkong mereka. Selain itu, pemerintahan MIC yang tidak pernah bertukar juga gagal meningkatkan imej Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat memainkan isu Perak supaya mengingati pengundi Perak agar tidak lupa dengan rampasan kuasa Perak oleh Barisan Nasional, rakyat tahu Pakatan Rakyat cuba memainkan perasaan pengundi namum mereka masih mengasihi Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang bakal dihadapi Barisan Nasional. MCA juga gagal mendapat sokongan daripada kumpulan orang Cina apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memangil MCA sebagai Mau Cari Angpow juga merupakan masalah yang bakal dihadapi MCA kelak.


Ling Liu Yan
http://opinions.sinchew-i.com/node/11399

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post