
Apa punya cerita ni..
KUALA LUMPUR, 23 Sept - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes berhubung penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini akan dipanggil bagi memberi keterangan.
Bagimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini pada hari Rabu.
Kertas Kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai Memorandum Daripada Menteri Kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.
Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan menganggu siasatan.
Bernama
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!