PENAN : Laporan mengesahkan kewujudan penderaan seksual keatas wanita dan juga kanak-kanak.

Ini Wanita KeAdilan, bukan Wanita Penan

KeAdilan untuk Wanita Penan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ketua Wanita KeAdilan YB Hajjah Zuraidah Kamaruddin dan pasukannya yang telah mengadakan demontrasi dihadapan bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pejabat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 8 Sept yang lalu bagi mendapatkan salinan laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak.

Suramnya suasana..

Hampir satu tahun selepas Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak, akhirnya Jawatankuasa mengesahkan dalam laporan mereka bahawa memang ujud kes-kes rogol dan penderaan seksual keatas kanak-kanak dan juga wanita Penan di Sarawak oleh pembalak – pembalak.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan yang ditubuhkan pada bulan October 2008 juga mengesahkan kanak-kanak yang berusia seawall 10 tahun juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kerakusan nafsu pemandu – pemandu lori balak yang ditumpangi oleh mereka untuk ke sekolah..

kaum Penan amat bergantung kepada kenderaan syarikat pembalakan kerana tempat tinggal mereka yang terlalu jauh di pedalaman dan ditambah pula tiada kenderaan lain yang boleh digunakan. Selain itu, faktor kemiskinan juga adalah penyebab kepada kebergantungan tersebut.


Sebahagian dari laporan :

4.1 PENEMUAN ISU PENDERAAN SEKSUAL

Temubual Dengan Wanita Disyaki Mangsa di Rumah Perlindungan Wanita, Women’s Aid Organisation (WAO) di Selangor.

Kes 1
i. Cindy, yang pada ketika itu masih menginap diasrama, mengaku pernah dirogol pada usia 12 tahun oleh orang yang tidak dikenali semasa bersiar di luar kawasan sekolah yang mana pada masa itu kebanyakan kawannya telah balik ke kampung untuk cuti persekolahan;

ii. Cindy kemudian dirogol sekali lagi semasa dalam perjalanan ke sekolah oleh pekerja syarikat pembalakan ketika menumpang kenderaan syarikat tersebut dari perkampungannya di Long Kawi ke sekolah di Long Lama;



Kes 2
i. Bibi tidak bersekolah dan berasal dari Long Item, mengaku telah dirogol sebanyak dua kali oleh lelaki yang sama sehingga mengandung dan melahirkan anak. Kejadian yang pertama berlaku pada tahun 2005 di mana perogol yang dikenalinya sebagai Johnny (bukan nama sebenar) telah masuk ke dalam rumahnya pada waktu malam dan merogol Bibi di dalam biliknya sendiri. Dia mengenali Johnny, sebagai pekerja balak dari Kem Inter Hill yang berdekatan dengan kampungnya


Kes 3
i. Temubual dengan seorang wanita Penan di Ba’Keluan, Angelina (bukan nama sebenar). Beliau mengakui mengenali dua orang wanita masingmasing berumur 20 dan 15 tahun yang mempunyai hubungan sulit dengan pekerja-pekerja syarikat pembalakan yang mereka kenali semasa menumpang kenderaan kepunyaan syarikat pembalakan untuk keluar kawasan.


Kes 4
i. Lawatan ke rumah panjang di Long Muboi.Temubual Kumpulan 2 dengan gadis Penan yang merupakan pelajar Sekolah Menengah di Long San bernama Diana (bukan nama sebenar). Beliau menceritakan pemandu trak dari syarikat pembalakan telah mencabul kehormatan kawan kepada kawan beliau bernama Sarah (bukan nama sebenar) berusia 14 tahun dengan meraba payudara semasa menumpangkan kanak-kanak tersebut ke sekolah.


Kes 5
i. Hasil temubual dengan Fiona (bukan nama sebenar), beliau menceritakan pengalaman zaman persekolahan beliau semasa menumpang kenderaan syarikat pembalakan untuk ke sekolah. Menurut beliau, mereka sering dicabul dan ada juga cubaan untuk merogol pelajar perempuan oleh pemandu kenderaan milik syarikat pembalakan. Semasa berumur 10 tahun beliau bersama empat pelajar sebaya menumpang kenderaan milik syarikat pembalakan untuk ke sekolah. Namun pemandu telah membawa mereka ke persimpangan lain dan berhenti di kawasan semak serta cuba memperkosa mereka.



Untuk membaca keseluruhan laporan sila downloads dari sini.


2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. rakyat malaysia senyap je ke??ni bangse malaysia mane g semangat satu malaysia???mane slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan???kerajaan x wat pape ke??kecian mereka..jangan ingat mereka orang pendalamn korang bleh wat sesuke atie????

    ReplyDelete
  2. jangan ada kes penan cantas kepala org dah ler. sabar tu pun ada had jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post