279 Ahli UMNO keluar parti di Bagan Pinang !!

Pak Ngah Zainal, bekas ahli UMNO selama 15 tahun menyerahkan 279 borang keahlian PKR
kepada YB Azmin dalam satu majlis ceramah di Bagan Pinang malam tadi

Antara pemimpin yang yang hadir.

Pak Ngah Zainal yang sudah 15 tahun berada dalam UMNO malam ini membawa bersama-sama nya 278 lagi ahli UMNO untuk menyertai PKR. Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada YB Azmin dengan di saksikan oleh TGNA, DSAI, Datuk Kamarul Bahrin, YB Titiwangsa Dr Lo Lo, Bendahari Agung PKR William Leong, Che Gu Bard, Shamsul Iskandar dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.

Hadirin yang hadir

Upacara penyerahan borang tersebut saksikan oleh kira-kira 2,000 penyokong yang membanjiri sekitar rumah Pak Ngah Zainal untuk mendengar ucapan dari pemimpin tertinggi PR.




Acara dimulakan dengan ucapan oleh Prof Shahril dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO dan diikuti dengan Dr Lo Lo, Sdra William Leong, calon Pas Bagan Pinang, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan DSAI dengan seterusnya menerima borang permohonan keahlian dari Pak Ngah Zainal.

Selepas menerima borang-borang keahlian baru dari Pak Ngah Zainal, DSAI meninggalkan majlis untuk ke satu lagi ceramah di Bt 9 Jln Pantai, iaitu di Bangunan DAP. Selepas DSAI, TGNA pula mengambil tempat dengan pesanan-pesanan nya yang cukup memberi erti buat yang mendengar.

Alhamdullillah, setakat jam 11.15 semasa saya meninggalkan majlis, segala-galanya berjalan dengan lancar, tanpa ada lagi gangguan dari samseng-samseng seperti apa yang berlaku malam tadi semasa ceramah di markaz Ulama'.

Dr. Lo Lo


Calon dari Pakatan Rakyat Saudara Zulkifli


Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul


Dato Seri Anwar Ibrahim


Selepas penyerahan borang keahlian


Pak Ngah memberikan sepatah dua kata


Tuan Guru Nik Aziz

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post