Di kalangan angkatan tentera dan keluarga mereka di Bagan Pinang, jelas Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, Anwar digambarkan sebagai penyokong komunis dan tidak mengenang budi serta jasa angkatan tentera yang pernah berjuang menentang komunis.

Padahal, tegas Nizam, seingat beliau apa yang disuarakan Anwar itu sebenarnya adalah kritikan tentang sikap “double standard” Kerajaan Umno dan BN yang memaafkan Kerajaan China yang menyokong PKM tetapi tidak bersedia memaafkan Chin Peng.
Tambah Nizam lagi, jika diambil dari sudut mana sekalipun, kenyataan yang dikeluarkan Anwar ini tidak pernah memperlihatkan sokongannya kepada PKM dan menafikan jasa serta pengorbanan seluruh angkatan tentera.
Bahkan Anwar juga telah memberi akuan yang beliau tidak sesekali bermaksud menyokong atau bersetuju dengan aktiviti militan di era darurat dan beliau juga tidak melanggani faham komunisme.
Nizam dalam sokongannya terhadap prinsip Anwar ini malah mendedahkan bahawa bapa mertua Anwar sendiri, Datuk Dr Wan Ismail adalah pakar perang saraf yang menyumbang jasa besar dalam mengekang pengaruh komunis di waktu darurat dahulu.
Bagi Nizam, perang saraf yang dijalankan Umno dan BN itu langsung tidak masuk akal. Lebih dari itu, ia tidak lebih sekadar dari sebuah propaganda hitam tajaan Umno dan BN.
Nizam percaya, menjelang separuh masa kedua kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang nanti, propaganda ini akan dimainkan secara lebih agresif dan semaksima mungkin oleh media-media arus perdana seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang seangkatan dengannya.
Namun, Nizam juga percaya yang pengundi hari ini, tidak terkecuali para angkatan tentera di Bagan Pinang tidak lagi mudah terpengaruh dengan propaganda dan dakyah murahan seperti itu. Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, rakyat sudah semakin bijak dalam menilai setiap apa yang datang kepada mereka.
Angkatan tentera di Bagan Pinang khususnya telah membuktikan kebijakan mereka lewat Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Kemang pasca PRU 1999 dahulu, sudah tentu 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2009 ini, mereka semakin bertambah bijak.
Untuk rekod, Petronas, syarikat petroleum milik negara mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam, sebuah lagi negara komunis,. Fidel Castro, pemimpin komunis Cuba juga pernah menjadi tetamu Negara Kerajaan Umno dan BN.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!