"Pasal apa aku sorang saja korang panggil katak?" Ibrahim Ali

Raja katak hari ini melepaskan apa yang terbuku dihatinya selama ini.Dia mempertikaikan kenapa dia sorang saja yang dipanggil dengan gelaran katak sedangkan ramai lagi yang dah melompat parti.

ha.. ha.. ha..


Korang nampak penumbuk ni? Berani panggil la aku katak lagi..
Aku tumbuk muka korang kang baru tahu..

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang telah melompat parti.

Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti - Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

"Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti.

"Tengok di Sabah berapa ramai... tidak ada pemimpin Sabah yang tidak lompat parit," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini Jumaat lalu.

Malah, katanya, pemimpin besar negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn juga pernah keluar Umno apabila Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno, dan beliau (Hussein) kembali semula ke pangkuan Umno.

"S46 masuk balik Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) menentang kerajaan, masuk Umno, kemudian keluar (Umno) tubuh (parti) Keadilan, mengapa tidak disebut lompat?" soalnya.

Katanya, begitu juga dengan pemimpin seperti Marina Yusof, Datuk Asri Muda, Hassan Adli dan ramai lagi.

'Sama saja...'

"Kenapa saya...kalau lompat (digelar) lontong, monyet, kera... tapi orang lain berapa ramai, Datuk Rais Yatim (Umno-S46-Umno) dan Datuk Shabery Cheek (S46-Umno)," katanya.

Rais dan Shabery kini merupakan anggota kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Sama saja... tapi buruknya Ibrahim Ali... tapi buruk Ibrahim Ali pun tidak ada rekod rasuah dan penyelewangan.

"Saya pegang banyak jawatan juga - pengerusi LKIM, lembaga pengarah KESEDAR, dalam Pernas - adakah orang kaitkan Ibrahim Ali dengan 'ikan kaloi'?... tak ada ... Ibrahim Ali dikaitkan dengan balak?... tak ada...mana (ada)..

ahhh.. panjang pulak orang tua ni berleter.. korang sambung kat sini sajalah..

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post