Bandar Port Dickson juga baru-baru ini telah dinamakan sebagai Bandar Tentera Darat oleh DS Najib suami Rosmah, bagi mengambil hati sebilangan anggota Tentera yang merupakan pengundi Pos bagi DUN Bagan Pinang.
Buat yang pertama kali menjejakkan kaki ke Bandar pelancongan itu pasti terpegun dengan keindahan dengan keindahan pantainya yang memutih dan landai yang dianugerahi Allah.
Agak menghairankan, bagaimana sebuah Bandar yang telah diberikan gelaran Bandar Tentera Darat itu sebenarnya bukanlah dikuasai oleh Tentera Darat sebenarnya tetapi dikuasai oleh TENTERA LALAT.

Lalat biasanya mempunyai sepasang sayap asli serta sepasang sayap kecil yang digunakan untuk menjaga kestabilan ketika terbang. Lalat sering hidup di antara manusia dan sebahagian jenis darinya dapat menyebabkan penyakit yang serius.
Lalat juga adalah penyebar penyakit yang sangat serius ini kerana setiap tempat yang dihinggapi oleh lalat lebih kurang 125.000 kuman akan disebarkan.
Kehadiran dan penguasaan makhluk ciptaan Allah yang terlalu banyak ini menyebabkan pengunjung-pengunjung ke pusat pelancongan ini merasa tidak selesa.
Mari kita lihat kenapa lalat menguasai Bagan Pinang dan juga Port Dickson amnya…
Itulah "end of the tunnel" air kumbahan tadi ke Pantai Port Dickson.
Saudara-saudari boleh lihat betapa canggihnya teknologi IWK cawangan Port Dickson.Sudahlah canggih,murah pula dan penduduk Port Dickson berterima kasih dengan IWK cawangan PD dengan membayar bil IWK setiap bulan.Lihat,betapa ajaibnya IWK menjadikan Sungai Saguni sebagai "Mega Longkang".
Sudah ramai penduduk Port Dickson yang tidak mahu mandi di pantai PD kerana memberi peluang kepada pelancong asing mandi dengan sepuas-puasnya untuk menikmati khasiat air kumbahan IWK tadi.Tahniah kepada penduduk tempatan !!!.
Tidak menjadi rahsia lagi bila pelancong-pelancong asing sering bertanya soalan tentang pantai Port Dickson.Antaranya, mereka bertanyakan, "why the beach are so smelly".Selalunya penduduk tempatan akan tertunduk malu dan tersipu-sipu serta bangga kerana 'omputih' itu memuji bau pantai kita ni 'wangi'.

Sekarang, penduduk tempatan merasa bangga pula bila Port dickson diberi jolokkan baru sebagai "Bandar Pembiakan Lalat".Wow,tahniah sekali lagi.
Klik baca statement Yb Salahudin tentang pengiktirafan nama baru itu.
Klik untuk membaca pula kekaguman Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang tentang Port Dickson dan teknologi canggih IWK.
Klik tentang pengiktirafan bau wangi dari Suratkhabar Arus Perdana.
Kajiselidik telah dijalankan oleh ali baganutama.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!