Untuk apa UMNO Perak bawa 2 ekor Katak ini ke Mesir?

Penghujung Ramadan lalu, Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Jamaie telah berkunjung ke Mesir untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada wakil HAMAS di Kahirah.

Sempena lawatan ke Mesir itu juga, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dr. Khairudin Dato' Abdul Malek bersama rombongannya berkesempatan bertemu dengan pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Terbongkar kisah kedatangan dua Adun lompat, Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi bertemu para pelajar di sana. Ikuti wawancara Wartawan Harakah Perak, JOHARI JAAFAR bersama beliau.


DR. KHAIRUDDIN DATO' ABDUL MALEK: Sebenarnya lawatan kami ke Mesir pada 8 hingga 15 September lalu untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan kepada rakyat Palestin.

Sebelum ini, sebulan yang lalu kita diberitahu Kerajaan Haram BN Perak ada mengadakan lawatan ke Mesir, Jordan dan Syria yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria termasuk dua wakil rakyat Pakatan Rakyat yang melompat parti, Adun Behrang, Jamaludin Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu dan peguam-peguam Umno.



Mengapa Osman Jailu dan Jamaludin dibawa bersama?

Inilah yang kita pertikaiankan. Osman dan Jamaludin bukan Exco Kerajaan Negeri dan bukan juga pegawai tinggi Kerajaan Perak. Kerajaan BN Perak telah menyalahgunakan wang rakyat.

Menyalahgunakan? Berapa ramai yang dibawa dalam rombongan itu?

Kita difahamkan rombongan kerajaan negeri berjumlah 20 orang dengan tujuan untuk merasmikan bangunan baru kompleks pelajar-pelajar Perak. Kalau setakat hendak rasmikan bangunan itu memadai lima orang sahaja.

Sebenarnya rombongan tersebut bukannya untuk lawatan rasmi, tetapi ia lebih kepada untuk menyampaikan dakyah mempertahankan tindakan BN merampas kuasa di negeri ini.

Kami diberitahu oleh para pelajar di sana, sambutan yang diberikan agak dingin walaupun yang menyertai rombongan kerajaan negeri itu terdiri dari pegawai tinggi kerajaan.


Apa yang difokuskan oleh BN dalam pertemuan dengan para pelajar itu?

Kami diberitahu dalam pertemuan tersebut, hanya dua soalan dari para pelajar yang dijawab oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, peguam-peguam Umno dan Mufti Perak.

Rombongan kerajaan negeri itu juga lebih mempertahankan Melayu dengan hujah-hujah akal bukannya berlandaskan Al-Quran dan Hadith untuk berhadapan dengan para pelajar yang amat memahami Al-Quran dan Hadith.


Apa peranan Osman Jailu dan Jamaludin Radzi?

Percubaan untuk menonjolkan Osman Jailu dan Jamaludin Radzi gagal. Ini kerana para pelajar di sana khususnya di Kahirah tidak menerima dengan baik kehadiran dua Adun lompat tersebut. Tidak ada dialog antara para pelajar di Kahirah dengan Osman Jailu dan Jamaludin. Dialog cuma berlaku di Iskandariah. Ternyata di sini kehadiran dua Adun lompat itu merupakan satu pembaziran wang rakyat kerana mereka bukan orang penting dalam kerajaan.

Kita berpendapat dengan membawa dua wakil rakyat tersebut bertemu dengan para pelajar di Mesir, Jordan dan Syria, ianya menjadi contoh yang tidak baik kepada para pelajar. Ini kerana mereka berdua terlibat dengan tuduhan rasuah dan skandal seks. Lebih malang lagi Dato' Mufti terlibat sama dengan dua Adun yang telah dituduh dengan skandal rasuah dan skandal seks itu. Ini amat memalukan, Tan Sri Mufti Perak sanggup bersama dalam rombongan tersebut.


Tadi Dr. sebut peguam-peguam Umno turut sama?

Inilah yang kita persoalkan. Peguam-peguam Umno bukannya pegawai kerajaan. Jika hendak mengemukakan pandangan dari sudut perundangan, sewajarnya Penasihat Undang Undang Kerajaan Negeri atau timbalannya. Bukannya peguam-peguam Umno.

Ini jelas satu penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan wang rakyat semata-mata untuk tujuan kepentingan Umno/BN di Perak.


Adakah para pelajar di sana termakan dengan dakyah BN ini?

Hasil pertemuan kami di sana, ternyata para pelajar tidak termakan dakyah yang dibawa oleh rombongan kerajaan negeri itu. Kita juga telah membawa amanah Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam bentuk tayangan multimedia. Ternyata mereka cukup berpuas hati dengan amanat Dato' Seri Nizar. Selain itu, kami juga telah menyampaikan bantuan kepada para pelajar di Mesir termasuk anak-anak Perak dan PEMERAM.

Ini bermakna mesej rombongan Kerajaan BN Perak gagal...

Pelajar-pelajar di sana memberi sambutan atas sifat menghormati rombongan daripada Kerajaan Negeri Perak dan mesej yang cuba dibawa oleh mereka jelas tidak diterima oleh para pelajar.

Menurut pelajar di sana, hujah yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan rombongannya tidak dapat diterima oleh mereka.


mmm... apa tujuan mereka sebenarnya?

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post