Amaran DSAI dituju kepada Zulkifli Nordin?

“Ia sebenarnya adalah satu amaran secara langsung kepada orang seperti Zulkifli Noordin yang sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti.

Itu kata Sivarasa yang tidak berada di DOME hari itu.. kenyataan yang dikeluarkan hanya berdasarkan laporan Media.. dan kebanyakkan media hanya melaporkan DSAI berkata "KALAU TIDAK BOLEH TERIMA DASAR PARTI... SILA KELUAR DARI PKR!!

Secara umumnya kepada sesiapa yang telah menghadiri Konvensyen KeAdilan Pulau Pinang pada 08 Nov 09 di DOME Komtar hari itu pasti akan mendengar apa yang lebih ditekankan oleh DSAI dalam ucapannya.


DSAI ada menyebut tentang yang gila nak jadi Ahli Majlis, Cawangan yang tak membangun dan dibayar RM10K untuk memburukkan parti.. 3 ayat yang ditujukan khas buat Ahli PKR di Pulau Pinang.. Di Pulau Pinang bukan di Kedah!

YB Zulkifli mungkin nampak kurang selari dengan dasar parti tetapi Beliau melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik. BERTANGGUNGJAWAB! itu yang lebih ditekankan..


PETALING JAYA: Amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas para pemimpin lain parti itu supaya akur dengan polisi parti atau keluar ditujukan secara langsung kepada orang seperti ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah ketika mengatakan demikian juga menegaskan, amaran Anwar itu juga adalah untuk mengingatkan mereka semua supaya menjadi lebih berdisiplin dan juga kepada pemimpin PKR yang bertelagah secara terbuka.

“Ia sebenarnya adalah satu amaran secara langsung kepada orang seperti Zulkifli Noordin yang sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti.

“Sebagai contoh, tindakan Zulkifli yang cuba membentangkan beberapa usul di Dewan Rakyat yang jelas tidak selari dengan polisi parti itu tanpa terlebih dahulu merujuknya kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komentar Anwar kelmarin yang mahukan para pemimpin PKR lebih berdisiplin dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak selari dengan polisi parti itu.

Zulkifli, sebelum ini beberapa kali mencuba untuk membentangkan usul di Parlimen khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan Islam yang dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR.

Seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub melihat kenyataan Anwar itu sebagai satu amaran keras kepada semua barisan kepimpinan parti itu lebih-lebih lagi kepada mereka yang berhasrat untuk berubah haluan.

Manakala Pengarah Strategik PKR yang juga bekas Ketua Penerangannya, Tian Chua melihat amaran Anwar itu pula sebagai satu arahan kepada mereka semua supaya berhenti bertelagah di depan khalayak umum tetapi sebaliknya berpegang teguh kepada agenda parti untuk melakukan reformasi, menegakkan keadilan sosial dan demokrasi.

“Pertelagahan-pertelagahan kecil dan remeh temeh patut dihentikan sebaliknya semua pemimpin PKR patut menumpukan perhatian kepada isu-isu yang sebenar. Itu yang diminta oleh Anwar,” tegasnya.


mStar

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post