Orang kata kadang-kadang kita perlu melihat dan menilai apa pandangan dari saudara seagama dengan kita yan berada disebelah sana.. dan ini adalah pandangan Saudara seagama aku yang berada di sebelah sana..
Saya secara peribadi menyambut baik niat Dr Asri untuk menyertai politik, andaikata hak beliau untuk bersuara dan berceramah disekat oleh pihak tertentu. Sebelum ini, Dr Asri membayangkan bahawa beliau berkemungkinan akan menyertai parti politik tertentu sebagai jalan terakhir untuk beliau terus berdakwah.
Persoalan yang timbul sekarang ialah, mana satu parti politik yang sangat dekat di hati Dr Asri? PAS kah?, UMNO kah? atau PKR? Harus juga diingati bahawa terdapat juga mantan mufti Pulau Pinang yang menyertai politik tetapi tidak menyertai PAS, sebaliknya menyertai PKR.
Namun demikian, pada hemat saya, jika Dr Asri benar-benar mahu ke medan politik sepenuh masa - saya sangat menggalakkannya. Malah, parti politik yang sesuai untuk beliau ialah UMNO, dan bukannya PAS! Sepanjang pengetahuan saya - kebiasaan bagi golongan salaf (seperti saya juga) lebih berminat dan lebih cenderung bersama golongan pemerintah.
Golongan salaf-as-soleh berpegang teguh kepada hadis shahih yang mewajibkan agar rakyat taat kepada pemerintah, selagi pemerintah tersebut mengerjakan solat dan tidak menghalang rakyat jelatanya untuk membuat ibadah. Terdapat beberapa kebaikan jika Dr Asri menyertai UMNO antaranya :
1. Memudahkan golongan salaf di Malaysia menyedarkan masyarakat Islam di negara ini berkenaan metod atau uslub/manhaj salaf-as-soleh dalam melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan seharian.
2. Menghidupkan budaya keagamaan dan penghayatan Islam yang kukuh di dalam UMNO , di samping pada masa yang sama, menjadi penegur kepada tindak-tanduk ahli-ahli UMNO yang melangkaui batasan agama.
3. Menegakkan kalimah tauhid secara bijaksana - iaitu dengan membantu dan menegur pihak kerajaan secara berhikmah dan bukan secara maki-hamun yang sering diamalkan oleh segelintir pemimpin-pemimpin PAS.
4. Menjadikan UMNO lebih Islamik dalam memperjuangankan agama, bangsa dan negara secara menyeluruh dan tidak hanya menumpukan perhatian terhadap satu aspek perjuangan semata-mata.
5. Membentuk generasi muda UMNO yang dekat dengan agamanya, di samping mewujudkan golongan muda UMNO yang menjauhi maksiat serta mencintai akhirat.
6. Akhir kata, semoga Allah membukakan hati Dr. Asri agar menyertai UMNO.
Sorry Bro.. Hang punya Amin kat hujung artikel tu aku dah removed..
Artikel asal dari Blog Azli Shukri.. tak payah klik la..
Depa kata... bukan aku kata..

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!