
Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa bekas mufti Perlis itu mempunyai kelayakan palsu dalam bidang syariah daripada Universiti Jordan.
Jelasnya, beliau hanya memberi kesimpulan bahawa Dr Mohd Asri bukan seorang ahli hukum dan tidak layak dilantik kepada jawatan mufti.
Dr Mohd Asri hari ini dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zamihan berdasarkan kenyataannya yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan semalam.
"Kalau dia nak saman, samanlah Utusan, bukan saman saya," kata Zamihan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Itu bukan tafsiran saya (kelayakan palsu), bukan dipetik daripada keterangan saya, sebaliknya (tafsiran) daripada wartawan (Utusan Malaysia)."
Menurut Zamihan, ketika dihubungi wartawan Utusan pada Isnin lalu, beliau tidak ditanya mengenai ijazah Dr Mohd Asri yang dipalsukan.
'Laporan salah'
"(Wartawan) bukan tanya palsukan kelulusan tapi dia tanya saya, status sebenar ijazah Dr Asri.
"Saya kata Dr Asri cuma ada ijazah sarjana muda bahasa Arab daripada fakulti sastera Universiti Jordan, bukannya mempelajari jurusan syariah dan pengajian Islam.
"Laporan daripada wartawanlah (akhbar Utusan) yang salah kerana dia kata saya dakwa dia palsukan Ijazah," jelasnya.
Malaysiakini
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!