Pemuda Gerakan menghina MP UMNO!

Okt 31, 09 .Kira-kira 50 anggota Pemuda Gerakan berdemonstrasi membantah kenyataan ahli parlimen BN Seri Gading Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden parti itu Tan sri Koh Tsu Koon berundur daripada kabinet atas alasan gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Nampak tak? Mohd Aziz hilang akal.

Diketuai timbalannya, Oh Teong Keong, mereka berkumpul di lobi bangunan PGRM di Cheras - tempat Gerakan mengadakan persidangan tahunannya.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk dan kain rentang, selain melaungkan jeritan anti-Mohamad.

Kumpulan itu menuntut BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Mohamad kerana didakwa membuat kekacauaan dalam parti sendiri.

Ditemui media selepas demonstrasi itu, Oh berkata, dewan tertinggi BN patut mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat Umno itu.

“Umno dan Gerakan sama-sama parti komponen dalam BN. Mohamad tidak patut mengguris perasaan rakan sendiri.

“Kami harap dewan tertinggi BN dalam mengambil tindakan terhadap beliau,” katanya.

Malaysiakini..



Cuba korang perhati betul-betul apa yang ditulis dalam banner? yang dipegang dalam gambar diatas tu.. "MOHD AZIZ HILANG AKAL".

Kalaulah DAP yang berdemo macam ni, mesti ada kenyataan yang mengatakan DAP menghina melayu, DAP menghina orang Islam dan macam macam lagilah..

Mana pemuda UMNO? Nak biarkan saja diorang menghina MP dari UMNO ke? atau korang hanya berani dengan bangsa sendiri.. berani pun bila korang ramailah..

Mana korang? Gerakan menghina MP korang tu..



Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post