Pesanan buat Wakil Rakyat.

Firman ALLAH swt Surah Al-Baqarah ayat 92 yang ertinya :Dan sungguhnya, Musa telah datang kepadamu dengan bukti-bukti kebenaran, kemudian kamu mengambil (patung) anak sapi (sebagai sesembahan) setelah (kepergian)nya dan kamu (menjadi) orang-orang zalim.

Dalam kisah ini umat Nabi Musa telah berpaling menyembah patung sapi setelah Nabi Musa tinggalkan umatnya selama 40 hari sahaja.

Iktibar dari cerita ini kepada Ahli Parlimen dan ADUN di seantaro Malaysia, apa agaknya jadi kepada RAKYAT yang memilih mereka tetapi setelah mereka dipilih RAKYAT ditinggalkan bertahun begitu sahaja dan datang semula setelah hampir Pilihan Raya Umum.

Semestinya WAKIL RAKYAT bukan turun padang apabila ada program tetapi MESTI berada di padang bersama RAKYAT. Jika WAKIL RAKYAT berada di padang MENGURUS kawasan pasti tidak akan berlaku kes kemiskinan tegar yang terlepas pandang keluar di rancangan BERSAMAMU di TV3.

Apabila WAKIL RAKYAT tak ada di padang, KETUA KAMPUNG dan PENGHULU pun kerja main-main. Berapa ramai KETUA KAMPUNG yang berlagak jadi PM sombong, ego dan menggunakan kuasa sesuka hati.

Berapa ramai RAKYAT jadi bosan dengan gelagat KETUA KAMPUNG dan WAKIL RAKYAT terutama GOLONGAN MUDA dan akhirnya mencari PARTI ALTERNATIF sebagai tempat meminta bantuan.

Tanyalah RAKYAT bila mereka lihat KETUA KAMPUNG jalan-jalan pusing kampung lihat masalah RAKYAT atau perlu mengadap mereka bila ada masalah.

Tanyalah pada RAKYAT bila terakhir mereka jumpa WAKIL RAKYAT yang mereka pilih samada di kenduri kahwin, kematian, di warung kopi atau hanya lihat di kaca TV.

WAKIL RAKYAT di pilih BEKERJA UNTUK RAKYAT bukan berbangga dengan jawatan.

WAKIL RAKYAT jangan biarkan BLOGGER berperang tetapi apa maknanya jika WAKIL RAKYAT tak buat apa-apa??

Nota : Alhamdulillah aku sering jumpa ADUN tapi MP aku entahlah...katanya sibuk jadi Ketua Pembangkang ...

ingat RAKYAT tak bodoh macam dulu yang dulu selalu dibodoh-bodohkan...

Telah diubahsuai sikit.. Karya asal di sini

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post