PKR tidak memperjuangkan Islam??? Alahai YB Zul.. cuba baca..

"Ahli parlimen Kulim Bandar Baru itu berkata beliau sanggup keluar parti jika beliau kalah kepada Sivarasa dalam pertandingan jawatan naib presiden.

Katanya, beliau sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti yang tidak mempertahan dan tidak berjuang untuk menegakkan Islam dan hak umat Islam"-YB zulkifli nordin, malaysiakini.


Saya berasa sedih ,kecewa dan tercabar dgn kenyataan YB Zulkifli nordin.Beliau telah dgn sedar dan yakin menuduh PKR sebuah parti yg tidak mempertahankan Islam dan tidak berjuang utk menegakkan agama Islam, disini saya akan menjawab tuduhan YB Zulkifli ini dan saya akan cuba untuk hantar artikel ini kepadanya... rakan2 dalam PR juga diharap tolong sampaikan artikel ini kepada beliau.

Jawapan kepada YB Zulkifli nordin:

Benar PKR tdk sempurna dlm menegakkan islam, ini mungkin krn PKR terutama di selangor belum sampai 5 tahun memerintah.setelah islam di negeri selangor dirosakkan oleh umno selama 50 tahun maka kini tdk sampai 5 tahun PKR bersama rakan PR baru berusaha utk memulihkan semula penyakit yg dihadapi oleh syiar islam di selangor.mungkin tdk sampai 100% dan mungkin tdk sempurna tetapi sekurangnya2 ia dlm usaha PR.

kita akui terdapat kelemahan dlm kepimpinan PR utk memahami islam terutama DAP tetapi ini perkara biasa krn mereka bkn beragama islam.begitu juga kita sudah tentu sukar menerima pendekatan agama kristian, buddha dan hindu.oleh itu jgn terus melatah bila sesuatu itu berbangkit.bawa berbincang dan serapkan kebaikan islam ketika berbincang.ia satu dakwah.

Disini saya sertakan antara usaha yg telah dilakukan PKR bersama PR dinegeri yg diperintah mereka untuk dibanding usaha dibawah kerajaan BN untuk menegakkan islam.ia satu renungan untuk YB zulkifli nordin untuk membuat rumusan samada adakah benar beliau sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti yang tidak mempertahan dan tidak berjuang untuk menegakkan Islam dan hak umat Islam:

Sekolah agama rakyat.

BN telah menamatkan pemberian peruntukan kewangan kepada SAR diseluruh negara dgn alasan SAR meracun pelajar2nya supaya membenci kerajaan, SAR menggalakkan teori pengganas dan sebagainya.akibat daripada tindakan BN ini banyak SAR telah ditutup.Tiba2 sahaja dakwah islam terhenti.cuba YB Zul bayangkan di Perak daripada 45 buah SAR yg wujud akhirnya hanya tinggal 3 buah SAR yg mampu bertahan setelah BN menamatkan peruntukan kpd SAR.

Tetapi apakah yang telah berlaku kepada SAR dibawah kerajaan PR?:

1.Di Perak kerajaan negeri telah menyambung kembali pemberian peruntukan kepada SAR.

2.Kerajaan PR perak Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR untuk diusahakan penanaman sawit.

3.Kerajaan PR perak memberikan RM 4.9 juta peruntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam.

4.Kerajaan PR pinang mengumunkan penubuhan SAR dibawah kerajaan negeri.

5.Kerajaan PR pinang sumbangan kepada hafiz dan hafizah p.pinang krn menghargai mereka telah mencapai tahap yg membanggakan dlm pengajian ilmu islam.

5.Sebanyak 17 buah SAR disenaraikan peruntukan untuk pembangunan, pembaikan SAR, bayaran elaun pada guru dan kakitangan, buku teks, perpustakaan, makmal dan multimedia di p.pinang.

6.Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM50 mulai 1 April ini, sebagai tambahan kepada RM500 sebulan yang diperoleh mereka sebelum ini .

7.Elaun bagi guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

8.Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk menaikkan gaji dan elaun guru-guru Sekolah Agama Negeri Kedah demikian diumumkan oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak.


HUDUD

Dalam isu ini tdk perlu di beritahu Yb zul pun faham siapa BN.berapa banyak penghinaan dibuat oleh pemimpin umno dan bn terhadap hudud.ketua umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumunkan jika PR perintah malaysia hudud akan dilaksanakan kepada orang islam.ini satu komitmen yg jelas daripada ketua PKR, berbanding ketua UMNO Najib Razak yg berkata negara akan huru hara jika undang2 hudud dilaksakan.

MENGHINA ULAMA

Dlm hal ini juga Yb zul arif.berapa ramai ulama dihina oleh kerajaan BN?mereka selama ini tdk dibenarkan ceramah dibeberapa negeri kini sudah kembali boleh berceramah dan berdakwah dgn tenang dibawah kerajaan PR dan di selangor di bawah kerajaan PKR.adakah Yb tidak nampak?

Ulama dipersendakan, diperlekehkan, diejek-ejekkan dan paling ketara dituduh sebagai penipu. Semua orang tahu apa yang berlaku pada bekas Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom selepas tindakannya ke atas penyertaan 3 gadis Melayu dalam pertandingan ratu cantik. Sejumlah besar rakyat sudah mendengar rakaman penghinaan dan fitnah yang dilemparkan kepada Prof Harun Din. Ulama
yang memasuki Persatuan Ulama dipersoalkan, seolah-olah semua orang boleh
adi ulama bila saja menyertai persatuan.


Campurtangan masjid dan surau

Dibawah kerajaan Bn:

1.AJK surau dan masjid yang dilantik oleh ahli-ahli kariah tempatan dihalang mengurus masjid dan surau oleh JAIS

2.Imam ditangkap, ahli-ahli surau ditahan, dan didakwa di mahkamah kerana solat berjamaan

3.Kuliah ilmu dan tazkirah dihentikan; budaya ilmu disekat; masyarakat jadi jahil
Penceramah berwibawa yang tidak menyokong BN digam dan dihalang
~Dato’ Hj Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor
~Dato’ Dr. Haron Din, bekas profesor UKM
~Ustaz Hj Taib Azamuddin, bekas Imam Masjid Negara
~Ustaz Hj Ahmad Awang, bekas YDP Persatuan Ulama
~Ustaz Hj Kamal Ashari (bekas Imam Masjid Negeri Selangor)
~Ustaz Salehin Mukhyi (YB Sg Besar)
~Dato’ Ismail Kamus (bekas pegawai JAKIM)

Dibawah kerajaan PR yg didokongi oleh PKR di Selangor semua perkara diatas diperbetulkan semula.adakah Yb Zul juga tidak nampak?


BN/UMNO rampas masjid dan surau melalui JAIS

Antara Masjid dan Surau yang menjadi mangsa:

~Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya
~Masjid Al-Munawarah, Shah Alam
~Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya
~Masjid Mujahidin, Damansara
~Surau Jubli Perak, Bangi
~Surau Al-Rasyidin, Gombak
~Masjid Fatimah Az-Zahra, Taman Kosas, Ampang

Dibawah PR yang didongkongi oleh PKR masjid berikut dibuka semula.maka solat berjamaah boleh dilakukan didalamnya.zikir boleh disebut.ceramah boleh dilakukan.adakah YB Zul juga tidak nampak yang ini?

Ini diantara sebahagian fakta khas buat renungan YB Zul..jangan emosi sangat YB Zul...saya dah lama perhatikan YB ni bila bercakap tak fikir dulu.cuba sebelum bercakap fikir dulu kesan percakapan kita tu.kemudian baru bercakap... ini tidak Yb zul jenis emosi...bila tanya soalan sensisif berkaitan agama islam terus keluar kenyataan melulu dan beremosi.


YB Zul jgn ingat YB Zul sahaja pejuang islam..... ramai lagi YB Zul ramai lagi...tapi mereka ada hikmah dan kebijaksaan bila bercakap.

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post