Dia bercakap seolah-oleh dialah yang menjadi Presiden Ahli Parlimen Bebas, sedangkan tiada seorangpun Ahli Parlimen Bebas pernah menyatakan sokongan kepada beliau untuk mewakili dan menjadi jurucakap kepada mereka..
Dia bercakap seolah-olah dialah yang paling bernilai antara Ahli Parlimen Bebas sedangkan dia tiada nilai langsung disisi UMNO/BN.. Lima sen pun tak dengar cerita dia dibayar oleh UMNO/BN untuk menyokong mereka..
Perasan sungguh Brahim Ali ini...
Ahli Bebas tidak akan wujud parti
SHAH ALAM - Tidak akan wujud parti Bebas walaupun terdapat pertambahan Ahli Parlimen berpunca daripada tindakan wakil dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali :(gambar): berkata, tidak akan wujud satu pakatan baru bagi wakil Bebas walaupun jumlah kerusi Ahli Parlimen menjadi tujuh dalam persidangan Dewan Rakyat.
“Kami menjadi wakil yang ‘bebas’ tanpa dipengaruhi mana-mana parti dan membahaskan isu demi menjaga hak rakyat yang diwakili,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Selain itu, Ibrahim turut menolak dakwaan terdapat khabar angin yang mengatakan beliau akan menjadi ketua bagi mewakili Bebas.
Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohamed Agus Yusoff berkata, agenda yang dibawakan oleh wakil Bebas tidak jelas namun sekiranya kelemahan ini diperbetulkan Bebas mampu jadi gerakan politik ketiga selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).:
“Sekiranya berlaku perebutan BN dan PR, fungsi Bebas hanya menjadi penyumbang untuk mendapatkan undi sokongan 2/3 majoriti,” katanya.
Beliau berkata, kewibawaan ahli Bebas pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan hari ini mampu menarik perhatian sekiranya mereka lantang berbahas mengenai sesuatu isu yang dibincangkan.
Dalam pada itu, Dr Chandra Muzaffar berkata, pertambahan Ahli Parlimen Bebas memberi dimensi baru kepada Parlimen.
“Mereka tidak terikat dengan parti politik apabila mengutarakan sesuatu isu semasa perbahasan dalam Dewan nanti.
“Wakil Bebas sebagai satu kumpulan yang mempunyai potensi dapat membuat penilaian yang lebih adil dan seimbang tentang isu-isu tertentu,” katanya.
Sinar Harian

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!