Dia bukan Biawak Hidup tetapi Anjing tersepit yg dilepaskan PKR!

Apa yang Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru perjuangkan sebenarnya?

Dalam ucapan membahaskan titah Yang DiPertuan Agong , Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu telah menggunakan peluang yang ada untuk mengecam DSAI habis-habisan..

Kononnya beliau kesal kerana telah diperdayakan oleh DSAI dan juga kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.

Kesal setelah dua tahun ditipu kononnya.. mengapa lembab sangat daya berfikir Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu setelah dua tahu ditipu baru hari ini sedar dan kesal kononnya..

Dan apa yang relevannya antara titah Ucapan Yang Dipertuan Agong dengan projek 16 September itu? Adakah Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu tidur semasa Yang Dipertuan Agong bertitah sehingga membahaskan sesuatu yang tidak relevan langsung dengan titah Ucapan Yang Dipertuan Agong ?

Tidakkah Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu merasa malu kerana berdirinya di dalam Parlimen itu atas tiket PKR? Sekarang apabila sudah keluar dari PKR beliau menghentam Penasihat PKR pula..

Sungguh memalukan tindakannya itu.. cuba menghina dan memalukan orang yang telah membolehkan beliau berdiri didalam Dewan Parlimen itu sebagai Ahli Parlimen.. membalas dengan tuba setelah madu diberi…

Sungguh tidak malu dan tidak ada maruah ahli parlimen itu, menang atas parti PKR kemudian membelasah penasihatnya. Kalau benar dia jujur, ikhlas dan ada intergriti letak jawatan dan masuklah ke parlimen untuk membelasah Anwar atas kekuatan diri sendiri.

Nampaknya Pak Mus telah silap disini.. Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu bukanlah Biawak hidup yang ditanggung PKR tetapi lebih kepada Anjing tersepit yang dilepaskan PKR!!


Ucapan sulung MP Bebas Zahrain serang Anwar

Oleh Shazwan Mustafa Kamal dan Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Sidang Dewan Rakyat yang masuk hari ketiga hari ini hangat apabila Ahli Parlimen Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim mengecam bekas ketuanya sambil meluahkan rasa kecewa beliau dan mendakwa PKR menjadi “hamba” kepada DAP.

Dalam ucapan sulungnya selaku wakil rakyat Bebas, Ahli Parlimen Bebas menggunakan peluangnya untuk mengecam Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau telah menipu peristiwa 16 September akan benar-benar berlaku.

Zahrain juga mendakwa ketika itu beliau diyakini bahawa Penasihat PKR itu telah memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Kami telah ditipu dengan cerita bahawa Agong menunggu di istana... menunggu untuk mendapatkan pengesahan bahawa sudah ada sejumlah Ahli Parlimen menyertai pembangkang dan kami ada cukup bilangan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Agong juga dikatakan telah memberi perkenan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai perdana menteri,” kata beliau dengan diiringi suara “ooh” dari kalangan anggota Dewan Rakyat.

Suara menyokong dan membantah kedengaran apabila Zahrain meneruskan ucapannya.

Penyokong-penyokong pembangkang pula mengambil peluang untuk mendakwa Zahrain dibeli oleh BN manakala Anwar pula memberitahu Dewan Rakyat bahawa bekas ketua PKR Pulau Pinang itu hanya berminat untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di sini

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. salam saudara

    memang jelas sekali zahrain telah menmbogel maruah dirinya sendiri di hadapan juak2 Am No.Sungguh rendah martabat zahrain dan kini jauh lebih rendah dari binatang.

    Binatang pon sedaq diri bahawa mereka makhluk TUHAN tunduk dan taat akan perintahNYA.

    Malah engkau zahrain dalam membuka pekung didada sanggup pulak melagakan saudara kamu sesama sendiri

    Mana rasa malu YB(Yang dBeli)...YA ALLAH ENGKAU TURUNKAN AZAB KEPADA HAMBAMU YG ZALIM DAN KEJI ITU...

    AMIN

    Muhammad

    ReplyDelete
  2. Zaharin tu dah memang taraf dari lebih teruk dari anjing kurap

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post