GST: Kerajaan boleh umum ditengah malam.

"Kalau Umno tidak bodoh, mereka sepatutnya mendapat pandangan rakyat, bukan terus buat,"

Jadi... sekarang Kerajaan UMNO/BN memang bodoh kerana buat dulu kemudian baru mendapatkan pandangan rakyat..



KLANG, 24 Mac: Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud (gambar) berkata, kerajaan mungkin akan mengumumkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada waktu tengah malam kelak, sebagaimana mereka mengumumkan kenaikan harga minyak sebelum ini.

"Jangan ingat apabila mereka (kerajaan) diam untuk tidak buat bacaan kedua, mereka boleh buat seperti kenaikan minyak dulu, jam 12 tengah malam," jelas beliau dalam suatu forum di Bukit Raja, malam tadi.

Menurut beliau, kerajaan berbuat demikian sebagai respons kepada rancangan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barangan (Protes) untuk mengadakan demonstrasi pada minggu lepas.

"Bila kita protes, dia diam. Tetapi, tengah malam, dia naik dan kita tak sedar," jelasnya.

Menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula, kerajaan terpaksa melaksana GST kerana mereka sedar sumber pendapatan daripada cukai persendirian, petroleum dan korporat kian berkurang disebabkan krisis kepercayaan kepada kerajaan sendiri.

"420,000 profesional telah keluar negara sejak 2007, padahal mereka inilah yang membayar untuk cukai...sebab hilang keyakinan pada negara. (Sejak) 2007, RM9 bilion pelaburan (telah keluar), 2008 (sebanyak) RM26bilion telah keluar negara. 47 peratus dari bajet kewangan dari Petronas (sedangkan) rizab minyak kian berkurang, simpanan minyak pun akan habis," jelasnya.

Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim turut mengulas sebab musabab kerajaan menangguhkan cadangan melaksanakan GST.

"Memanglah baca kedua ditangguhkan sebab mereka nak dapatkan pandangan rakyat, tetapi mereka takut kita berdemo dan takut dengan kuasa rakyat," ujarnya.

Tambah beliau lagi, sekiranya kerajaan jujur mahu mendapatkan pandangan rakyat tentang GST, mereka tidak akan terus membawa ke Dewan Rakyat sebelum ini.

"Kalau Umno tidak bodoh, mereka sepatutnya mendapat pandangan rakyat, bukan terus buat," jelasnya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang membuat rumusan forum tersebut berkata, asal sistem cukai menurut Islam adalah dilarang kecuali terdapat unsur darurat atau keperluan untuk mengambil cukai ke atas rakyat.

"Islam hanya mengizinkan cukai hanya dalam perkara darurat, baru kerajaan boleh ambil duit (dari rakyat)," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menyindir kerajaan dalam menguruskan kewangan negara.

"Kalau habis duit, mintak kepada rakyat, kalau habis duit, minta kepada rakyat, siapa pun boleh jadi kerajaan. Semacam bapa, kalau tak ada duit diminta kepada anak, minta anak pergi kerja, siapa pun boleh jadi bapa," jelasnya.

Tambahnya, kerajaan seharusnya menangani rasuah, ketirisan, penyelewengan dan kronisme yang menjadi sebab kepada kepincangan sistem pengurusan ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau mempersoal cadangan melaksanakan GST sedangkan kerajaan menguruskan ekonomi secara pincang.

"Keutamaan sekarang adalah memperbaiki masalah kepincangan ekonomi, mengapa pula GST mahu diperkenalkan kalau kerajaan yang bermasalah," ujarnya.

HarakahDaily

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post