
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sektor pembuatan elektonik dan elektrik di Malaysia terjejas kerana berhadapan dengan masalah pengendalian operasi akibat kekurangan tenaga kerja dan gangguan bekalan elektrik yang semakin kerap.
Beliau mengulas amaran wakil kedutaan Jepun di Malaysia, Masahiko Horie yang menyatakan kerajaan mungkin akan mengalami kerugian FDI sekiranya masalah tersebut berlarutan.
Menurut Guan Eng, Pulau Pinang turut menghadapi masalah tenaga kerja meskipun kerajaan negeri mengambil inisiatif pada 2009 untuk membina Pusat Latihan Bantuan Pekerjaan atau CAT bagi membantu mendapatkan pekerjaan kepada lepasan sekolah dan tenaga profesional.
"Sebaliknya, terdapat lebih banyak pekerjaan menunggu pekerja dan pihak majikan pula terpaksa mencari pekerja dengan nisbah seorang kepada dua kekosongan jawatan untuk setiap pekerja berdaftar,'katanya.
Menurut beliau, kerajaan Pulau Pinang merasa kecewa kerana dalam usaha mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja terutama di kalangan profesional dan jurutera, kerajaan masih menafikan hakikat itu.
"Kini, kedutaan Jepun telah menyatakan pelaburan Jepun bukan sahaja mungkin tak datang ke Malaysia, tetapi syarikat-syarikat sedia ada di seluruh negara mungkin terpaksa dialihkan ke negara lain," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.
Guan Eng turut menggesa supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed mengambil tindakan pro-aktif untuk memperbaiki daya saing negara yang semakin menjunam.
"Beliau sepatutnya serius mengenai resolusi berhubung pendedahan oleh laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNCTAD bahawa Vietnam buat kali pertama mengatasi Malaysia dari segi FDI pada tahun lepas,"tegasnya.
Tambah beliau, adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan apabila Thailand dan Indonesia juga berjaya mengatasi Malaysia dari segi FDI.
"Masalah-masalah kekurangan tenaga manusia dan gangguan bekalan kuasa yang dihadapi oleh PulauPinang dan negeri-negeri lain hanya boleh diselesaikan dengan campur tangan kerajaan Persekutuan," tegas Guan Eng.
Jepun adalah penyumbang utama dalam FDI di Malaysia sejak lima tahun lalu, dengan RM4.412 bilion pada tahun 2006, sebanyak RM6.523 bilion (2007) dan RM7.041 bilion (2008).
Suara-Keadilan.com
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!