Mereka juga menafikannya.. Jadi siapa BOHONG Zahrain?

Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru telah mendedahkan beberapa nama Ahli Parlimen dari BN yang dikatakannya akan menyertai BN, tindakannya itu bolehlah dianggap sebagai mengali kuburnya sendiri..

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Mereka ialah:

1 - Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan),
2 - Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis),
3 - Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan),
4 - Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau),
5 - Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).
6 - Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat),
7 - Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut),
8 - Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang),

Zahrain juga mendedahkan seorang Timbalan Speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.


Petikan dari berita- berita dibawah menjelaskan siapa BERBOHONG dalam isu ’16 Sept’ dan secara tidak langsung menunjukkan kubur yang digali Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru untuk dirinya sendiri itu mula ditimbus……


DS Anwar Ibrahim dalam respons beliau terhadap "cerita" Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata..

"Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.

PETALING JAYA, 18 Mac - Bekas Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal Khamis menafikan sekeras-kerasnya bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong usaha pembentukan kerajaan baru yang dirancang pada 16 Sept 2008 dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri. - Sumber

KUALA TERENGGANU, 19 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut sepatutnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. - Sumber

KUALA LUMPUR: 19 Mac - Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi bersyukur kerana diberi hidayah Allah untuk tidak menandatangani surat menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang bakal dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, selepas menerima panggilan telefon daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada jam 3 pagi, 18 September tahun lalu, beliau pulang ke rumah dalam keadaan menggigil, takut dan tidak selesa sebelum mengerjakan solat istikharah untuk memohon petunjuk Allah. - Sumber

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata beliau dipujuk lima kali termasuk pemimpin kanan PKR Sarawak dalam tempoh dua minggu untuk menyertai parti itu.

Katanya, tiada sebab menarik diri daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB), sedangkan beliau enggan berbuat demikian ketika semua keluarganya keluar parti pada 1987. - Sumber

Di Kota Kinabalu, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, akan menjawab dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.

“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya, semalam. - Sumber

Adakah mereka-mereka yang telah menafikan itu BERBOHONG atau Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru yang telah BERBOHONG? BERBOHONG didalam Dewan Parlimen...

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sekarang baru UMNO sedar yang membenarkan si bangap Zahrain membuat pendedahan ini sebenarnya adalah satu kesilapan kerana pendedahan ini sebenarnya memudaratkan UMNO/BN, bukannya Pakatan atau Anwar. Tak pasal2 semua nama2 orang UMNO/BN yang disenaraikan itu sudah jadi seteru Zahrain, bayangkan sajalah macaman beranya muka diaorang dalam parliamen bila Zahrain sebut nama2 itu satu persatu.

    Bila2 masa aja kalau ada yang nak saman malu (Defamation) kat Zahrain memang dah boleh sebab Zahrain tidak ada bukti. setakat ini hanya Tengku Razaleigh saja kata dia tak nak saman.

    Sesungguhnya Tuhan telah butakan mata hati si Zahrain ni sampai dia betul2 jadi tersangatlah BODOH membuat pendedahan ini. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post