P094 : Khir Toyo ni, dengki kah?

Biarpun pengundi Melayu Hulu Selangor mahu UMNO meletakkan calon pada kali ini bagi menandingi calon Melayu dari PKR nanti. Agar dapat diukur sejauh mana popularnya calon PKR nanti dan mereka menganggap meletakkan calon MIC hanya akan mematikan semangat juang yang sedang melonjak begitu tinggi ini.

Dan pengundi Melayu Hulu Selangor juga mendakwa akan mengundi sesiapa sahaja calon yang akan diletakkan oleh UMNO kerana menurut mereka lagi UMNO Hulu Selangor mempunyai ramai calon-calon yang berkaliber dan salah seorang dari mereka ini akan diterima dengan tangan dan hati terbuka.

Antara calon-calon UMNO yang telah disebut-sebut termasuk Tan Sri Mohamad Mohd Taib, Dato Zainal Abidin Hj. Sakom. Kedua-dua mereka ini merupakan calon vateran yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada pengundi Hulu Selangor.

Namun hari ini Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menegaskan Barisan Nasional (BN) harus meletakkan calon dari komponen MIC untuk bertanding semula dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Pendapat dari Khir Toyo ini telah membakul sampahkan semua pandangan dan cadangan dari akar umbi UMNO Hulu Selangor..

Kenapa Khir Toyo berpendapat demikian? Sedangkan menurut sejarah Parlimen Hulu Selangor pernah diwakili oleh Puan Halimahton Saadiah dari UMNO pada tahun 1955. Selepas itu kerusi Parlimen HS telah diberikan pula kepada calon-calon dari MCA, Gerakan dan akhir sekali MIC.

Adakah kerana pengundi Ahli UMNO Hulu Selangor menyenaraikan Tan Sri Mohamad Mohd Taib dan Dato Zainal Abidin Hj. Sakom sebagai calon?

Adakah Khir Toyo cemburu kerana Tan Sri Mohamad Mohd Taib ingin dihantar ke Parlimen oleh pengundi Hulu Selangor maka beliau menegaskan Calon dari MIC harus diletakkan di situ?

Apapun…. Hanya Khir Toyo yang tahu apa sebabnya….


Khir Toyo: BN harus kekalkan wakil MIC di Hulu Selangor
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata Barisan Nasional (BN) harus meletakkan calon dari komponen MIC untuk bertanding semula dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Bagaimanapun menurut beliau, calon dipilih bukan sahaja harus popular di kalangan pengundi India tetapi harus berupaya meyakinkan pengundi Melayu dan Cina bahawa mereka juga akan mendapat perkhidmatan terbaik daripadanya.

Kata beliau, meletak calon Umno dalam kawasan yang sememangnya kerusi MIC sangat tidak molek jika berpegang kepada konsep penyatuan 1 Malaysia.

“Pertahankan konsep permuafakatan BN demi kesejahteraan negara,” kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor ini dalam blognya.

“Sungguhpun ada permintaan Umno untuk meletakkan calon, namun saya fikir ia tidak wajar dipertimbangkan.

“Ini memandangkan kawasan tersebut diberi kepada MIC dalam konsep persefahaman dan perkongsian kuasa antara kaum,” katanya.

Sambil menegaskan tiada siapa pun mahu kalah, kata beliau “apa erti kemenangan jika prinsip ikatan persefahaman antara kaum yang dibina sejak 1957 dimusnahkan begitu sahaja hanya kerana mahu menang satu kerusi.”

“Saya percaya jika kita berpegang kepada prinsip ikatan antara kaum ini, pengundi akan memberi kemenangan seperti mana dalam pilihan raya kecil Ijok tahun 2007.

“Sungguhpun menentang calon ‘heavyweight’ seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Cikgu Parthiban wakil BN dari MIC tetap menang di kawasan majoriti Melayu,” katanya.

Khir memberitahu, masalah kepada sebahagian wakil rakyat bukan Melayu BN di kawasan majoriti Melayu ialah mereka membiarkan hanya Umno kehadapan dalam kawasan pengundi Melayu.

“Ini menyebabkan pengundi Melayu rasa kecil hati dan berpendapat wakil rakyat bukan Melayu daripada BN tidak mempedulikan mereka.

“Di sinilah timbul suara-suara mahukan wakil rakyat Melayu.

“Saya percaya jika wakil rakyat bukan Umno dari komponen BN lain memberi perkhidmatan kepada semua kaum dengan baik, orang Melayu tiada masalah memberi undi mereka kepada sesiapa calon BN,” katanya.

Semalam Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sebalik gesaan supaya Umno diberikan peluang bertanding di Hulu Selangor.

Bagaimanapun Najib dilaporkan sudah membayangkan akan kekalkan kerusi itu kepada MIC.


The Malaysian Insider

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post