P094 : Samy Vellu harus angkat bendera putih...

Elok lupakan sekejap fasal Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MIC yang sejak dulu lagi memang banyak cakap tak kira masa dalam Kabinet ataupun dah di luar.

Sudah berputar dan berpusing cakapnya nak lepas jawatan Presiden parti tetapi hingga sekarang, habuk pun tarak.

Senang saja beliau nak minta supaya timbalannya Datuk G.Palanivel bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor selepas penyandangnya, ahli parlimen PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia, Khamis.

Beliau sepatutnya angkat bendera putih berpijak di bumi nyata dan mengakui hakikat yang terbentang di depan mata berdasarkan keputusan pilihanraya umum lalu di mana Palanivel kantoi habis memang susah nak ‘ jual ‘ lagi beliau di Hulu Selangor.

Sorry la Mr Samy...jangan hanya kerana alasan kouta MIC di situ…orang lain perlu menanggung risiko dan beban tidak tentu fasal.

Cuba kira tengok lebih 5,000 undi yang lari bukan kerana pengundi tempatan tidak suka BN tetapi mereka tidak boleh terima Palanivel.

Kedudukan Barisan Nasional sekarang bukan macam sepuluh atau lima belas tahun dahulu.

Masa itu ada yang buat lawak, kalau letak tunggul kayu bertanding atas lambing dacing BN, gerenti menang

Begitulah gahnya BN sebelum tsunami politik pada Mac 2008.

MIC sendiri hampir karam kerana di peringkat parlimen, parti itu hanya menang tiga kerusi sahaja berbanding sembilan yang diperuntukkan kepada parti tersebut.

Justru itu, eloklah Samy sedar diri dan jangan berangan-angan supaya wakil parti itu diberikan ruang bertanding di Hulu Selangor nanti.

Senang cakap sewajarnya kerusi parlimen itu dikembalikan kepada UMNO dengan ambil kira hampir 54 peratus pengundi di kawasan itu adalah orang Melayu sedangkan pengundi India cuma kira-kira 20 peratus sahaja.

Memang BN selama ini mengamalkan dasar kongsi kuasa tetapi senario politik sekarang menunjukkan dasar itu tidak bermakna tanpa kemenangan dalam pilihan raya.

Politik mutktahir di negara ini yang berubah sejak pilihanraya ke 12 memerlukan dasar ini turut berubah kerana selain MIC, komponen lain termasuk MCA dan Gerakan gagal menyumbang kemenangan menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga.

Sebab itulah, di Hulu Selangor, kemenangan perlu diutamakan bukan soal kongsi kuasa lagi.

Lagipun,BN berpeluang mengulangi kejayaan besar pilihanraya kecil Bagan Pinang tahun lalu dengan meletakkan calon yang benar-benar dikehendaki pengundi di kawsan tersebut.

Di Hulu Selangor, antara tokoh yang dilihat boleh mengalas cabaran ini adalah Datuk Zainal Abidin Sakom, bekas ahli Dewan Undangan (Adun) Batang Kali yang kini pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

Mesra dengan panggilan.Ustaz Zainal, beliau dikatakan boleh menggalas cabaran bagi memastikan BN menang besar di Hulu Selangor.

Walaupun ada ura-ura kononnya Tan Sri Muhamad Muhd Taib turut tersenarai sebagai calon, bekas Menteri Besar Selangor itu kemungkinan besar akan menolak.

Ini kerana sejak tidak tersenarai dalam Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak pada April tahun lalu, bekas menteri itu ‘menyepi’ tanpa sebarang berita.

Sungguhpun heboh desas-desus beliau ada berjumpa Menteri Besar Selangor kerajaan pakatan rakyat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Muhammad diwar-warkan akan bertanding mewakili PKR di Hulu Selangor, berita itu nampaknya hanya sekadar mainan politik pembangkang.

Mengenali ‘Mike Tyson’ Malaysia itu, beliau dilihat sebagai pejuang Melayu sejati dan sukar digugat pendiriannya walaupun pernah jatuh dalam persada politik sebelum dibawa kembali dalam Kabinet era Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya, Ustaz Zainal dicalonkan, Muhammad dijangka memberi sokongan padu kepada bekas Setiausaha Politik beliau semasa Menteri Besar Selangor dulu.

Jika ini jadi kenyataan, bermakna ada kemungkinan besar Ustaz Zainal akan menggantikan Dr. Zainal di Hulu Selangor.

Bagi PKR pula, antara nama mungkin diturunkan ke dalam gelanggang adalah ahli Majlis Perwakilan Tertinggi Datuk Zaid Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar ataupun seorang daripada pemimpin AMK, Abdul Rahman Hakeem.

Mereka ini adalah calon payung terjun berbanding Ustaz Zainal, anak tempatan yang makin dikenali sejak isu pengambilan semula tanah YBK oleh kerajaan Selangor.

Apapun selain calon, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan bermesyuarat pada Selasa ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian. Mengambilkira sidang parlimen yang dijangka berakhir pada 22 April, besar kemungkinan tarikh pengundian pada 1 Mei depan.


Agenda Daily

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kasi sama you is okay Mr. Samy tapi sure to lose lah. I bet to my bottom Ringgit the Malay will not vote for you. My sincere question here What have you done to deserve this seat? Is it due to 20% Indian community here who you know very well will vote for PKR or mau minta tolong sama Melayu kasi lu menang ? Lu fikirlah sendiri Samy.

    ReplyDelete
  2. din koboi tolak muhammad taib sebab dia bawa lari duit ke australia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post