Ada ‘PARASIT’ di dalam PKR?

Beberapa hari yang lalu kita telah mendengar pendedahan oleh Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru dalam ucapan membahaskan titah Yang DiPertuan Agong yang menyebut nama 8 Ahli Parlimen dari BN dan seorang Timbalan Speaker akan menyertai Pakatan Rakyat dalam ‘project 16 Sept.’

Penafian demi penafian telah dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen yang disebut namanya oleh Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru dan terakhir Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) telah berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dan ini semua satu pembohongan..

Penafian dari mereka –mereka itu telah menjadikan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru sebagai pembohong , seorang Ahli Parlimen yang telah berbohong di dalam Dewan Parlimen.

Hari ini seorang lagi Pemimpin dari PKR yang telah mengkhianati perjuangan dan mandat yang telah diberikan kepada beliau yang mewakili PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas pula telah mendedahkan tentang terdapatnya dua ‘parasit’ dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) ..

Beliau pernah disiasat oleh SPRM kerana telah membuat tuntutan sebanyak RM148,000.00 setelah selama setahun berkhidmat sebagai Wakil Rakyat Lunas bermula dari Mac 2008.

Sila baca petikan berita dibawah..

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh mendedahkan terdapat dua ‘parasit’ dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diberi peranan untuk menjatuhkan pemimpin tidak disukai, selain melobi pemimpin parti lain menyertai PKR.

Katanya, kedua-dua ‘parasit’ terbabit menggunakan kedudukan dan kuasa mereka dalam parti untuk merencana agenda, tanpa disedari ahli mahupun pemimpin terbabit, seolah menikam dari belakang.

“Jika saya dedahkan nama mereka ini, pasti ramai terkejut sebab mereka berpengaruh dalam parti. Buat masa ini, biar identitinya menjadi tanda tanya supaya satu persatu kepincangan PKR dapat didedahkan. Apabila tiba masanya, saya yakin tembelang mereka akan pecah,” katanya.

Mohd Radzhi yang juga DUN Bebas berkata, kemungkinan ‘parasit’ ini juga merujuk kepada individu sama yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai firaun kecil.

“Anda carilah sendiri siapa parasit yang dimaksudkan, seorang Ahli Parlimen di utara dan seorang lagi bekas ADUN di Kedah. Mereka inilah yang mengejar dan melobi wakil rakyat Barisan Nasional dengan menawarkan jawatan dalam PKR,” katanya.

Menurutnya, ‘parasit’ ini juga diberi hak untuk mencantas mana-mana pemimpin dalam PKR yang tidak sehaluan dengan prinsip parti, dan memilih mana-mana pemimpin yang menjadi kegemaran.- Sinar Harian


Nampaknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas ini lebih bijak dari Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru yang telah mencari musuh dari kedua-dua belah pihak yang bertentangan iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas telah mendedahkan kelemahan yang ada dalam PKR.

Sememangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas tidak berhak untuk bercakap mengenai apa yang berlaku didalam PKR kerana beliau bukan lagi Ahli PKR, Beliau kini ialah seorang ahli PKR yang telah mengkhianati perjuangan PKR dengan mengistiharkan dirinya sebagai wakil Bebas.

Sebelum pihak PKR sendiri mengambil tindakan menyerang balas beliau kerana telah mendakwa terdapat dua ‘parasit’ dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya rasa pihak PKR sendiri wajar melakukan siasatan adakah benar apa yang didakwa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas.

Mungkin ada kebenarannya apa yang didakwanya itu kerana peribahasa ada mengatakan ‘Pokok tak akan bergoyang jika tiada angin yang bertiup’ kecualilah ada beruk diatas pokok tersebut…

Jika selama ini pihak PKR lebih banyak mengambil tindakan menyerang sesiapa sahaja wakil dari PKR yang telah khianat kenapa tidak PKR menyiasat tentang dakwaan ini dan perbetulkan kesalahan tersebut

Jika benar dakwaan tersebut dan PKR terus membiarkan dua ‘parasit’ tersebut didalam PKR maka kita akan pasti melihat suatu hari nanti PKR akan dikuasai sekumpulan pak turut yang akan mengiayakan apa saja kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PKR..

Fenomena ini tidak jauh bezanya dengan apa yang kita lihat berlaku didalam UMNO sekarang, pemimpin yang tidak disukai akan dicantas atau dijatuhkan..

Ahkirnya tinggal pemimpin-pemimpin yang mempunyai daya intelektual yang terkongkong yang takut untuk menyanggah kata-kata pemimpin tertinggi mereka walaupun jelas pemimpin tertinggi itu salah, kerana meraka tahu mereka pasti akan kecundang atau dicantas jika menongkah arus..

Perlukah dibiarkan budaya UMNO itu menular didalam PKR?

Walaupun pendedahan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas itu lebih bertujuan untuk memburukkan PKR, namun jika tindakan yang bersesuaian diambil PKR ianya akan membawa kebaikkan kepada PKR..

Percayalah.. Allah tidak mencipta dan membiarkan sesuatu itu ujud dimuka bumi ini tanpa sebarang sebab!!

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau didalam sistem perundangan Islam ataupun Sivil , jika seorang saksi telah terbukti berbohong atau ditolak kewibaannya , maka segala apa yang dikatakan kemudian , tidak akan di terima lagi .Ringkas kata , apa-apa yang dia cakap akan DITOLAK SAMA SEKALI !!!!

    ReplyDelete
  2. Tak apa lah Bayan Baru...cakaplah apa nak cakap...kalau kamu membohongpun umno akan tetap sukakan kamu...kerana tabiat itu sama seperti pemimpin umno..tapi kamu kena ingat.....RAKYAT YANG MEMILIH bukan pemimpin umno menentukan hala tuju negara ini.

    Peduli apa dengan pemimpin umno yang korup dan penipu...nanti kami akan ajar pemimpin umno yang angkuh dan pendusta ini di dalam PRU 13..insyaallah kami rakyat marhaen tidak akan termakan lagi segala dakyah keji pimpinan umno busuk ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post