Pendedahan Zahrain : Apa kata Penganalisa Politik?

Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru telah membuktikan bahawa beliau adalah Ahli Parlimen Bebas yang kononnya benar benar bebas dan tidak mesra BN sama sekali walaupun sebelum ini beliau telah diberitakan mengikuti delegasi badut-badut (kata RPK) Malaysia ke Washington .

Tindakan beliau menyerang Anwar Ibrahim dan PKR serta menamakan 8 Ahli Parlimen dari BN yang kononnya akan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk Kerajaan pada 16 September yang lalu umpama membakar jambatan yang menghubungkannya dengan Pakatan Rakyat dan juga membakar jambatan yang akan menghubungkannya dengan Barisan Nasional.

Zahrain Rabu lalu mengemparkan semua pihak dengan mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) diantara nama yang dipetik Zahrain dalam usahanya menyerang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Parlimen sepanjang tiga hari berturut-turut.

Menurut Penganalisis Politik, Prof. Dr Abdul Aziz Bari “Apa yang berlaku sekarang ini agak ganjil, sebab benda ini pun Umno buat kenapa sekarang kata orang lain tak boleh buat dan macam-macam lagi? Membabitkan Yang DiPertuan Agong dan angkatan Tentera dan sebagainya, mana ada bukti? Isu yang membuang masa, isu yang tidak logik dan tidak masuk akal sebenarnya, benda yang saya pelik dengan orang yang buat laporan polis dan Ibrahim Ali cadang hendak buat suruhanjaya sedangkan mereka pun buat. Menjatuhkan kerajaan lawan dia(Umno) kemudian membeli memujuk dan melompat..benda ini dibenarkan, apa salahnya ?,"

Sementara itu seorang lagi penganalisa politik Khoo Kay Peng telah berkata “ Pendedahan identity Ahli Parlimen dari BN yang dikatakan akan menyeberang ke Pakatan Rakyat untuk mereliasasikan perancangan 16 September DS Anwar Ibrahim akan mencetuskan serangan balas dari Ahli Parlimen dari BN terhadap Zahrain sendiri.

“Saya terkejut dengan strategi yang digunakan oleh Zahrain, dengan pendedahannya itu apa yang akan difikirkan oleh lain-lain Ahli Parlimen dari BN terhadap rakan-rakan mereka yang di dedahkan oleh Zahrain itu?”

Khoo Kay Peng juga menambah “ Rancangan 16 Sept itu adalah satu cerita lama dan lagipun tiada apa yang baru didedahkan oleh Zahrain..”

Seterusnya sila baca di sini

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Broo

    Dah tengok lom video Yb Johor tumpang sekaki kata Anwar kelentong

    1)http://www.youtube.com/watch?v=1lCDx2n5auo&feature=player_embedded#

    2)http://www.youtube.com/watch?v=jwGbObl6dTg&feature=player_embedded

    3)http://www.youtube.com/watch?v=XACbFH-Z1gw&feature=player_embedded

    Bro bukak video lawak ni...nanti bro boleh dengar mamat ni dah kaitkan nama Sultan dalam menyokong umno.

    Banyak kisah pelik lagi bro...aku cuma nak kongsi sebab dah ada dalam youtube kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post