Tunggu apa lagi Yeop... kalau tak betul berita ni saman deme, bior deme rase....
Setahu aku la.. PKR Perak dengan PKR Pulau Pinang ni sama saja.. dua-dua tak ada duit..
Pemuda UMNO dedah tawar-menawar PKR
TELUK INTAN - Pemuda UMNO mendedahkan terdapat kegiatan tawar-menawar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menarik beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO menyertai mereka.
Exco Pemuda UMNO, Mohd Hishamuddin Yahaya yang mendedahkan perkara ini berkata, kegiatan itu dikesan dua minggu lalu membabitkan Bahagian tertentu khususnya di Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, Bahagian yang menjadi tumpuan mereka menarik pemimpin itu ialah di kawasan yang mempunyai majoriti undi tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
“Kita difahamkan bahawa mereka ini menggunakan pelbagai cara menarik pemimpin Pemuda dengan cara menawarkan pelbagai bentuk imbuhan dan jawatan tertentu.
“Pemimpin Pemuda perlu sedar akan tanggung jawab mereka kepada parti dan masyarakat bukan untuk memenuhi kehendak peribadi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas perasmian Pusingan Akhir Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan di Arena Square Teluk Intan di sini, malam semalam.
Hadir sama, Exco Pemuda UMNO, Mohd Faizal Ramli; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan, Yuzaile Yusop; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Mohd Azhar Jamaluddin; Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad dan pemimpin UMNO lain.
Menurutnya, sekiranya pemimpin ini mempunyai masalah atau tidak puas hati dengan pimpinan Bahagian, mereka boleh membangkitkannya melalui saluran-saluran tertentu yang telah ditetapkan.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Pemilih Pemuda UMNO berkata, AJK Bahagian yang dilantik perlu sedar mereka dipilih oleh ahli untuk mewakili mereka dan mereka perlu memegang amanah ini.
Hishamuddin berkata, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa untuk memastikan mereka kekal dengan UMNO memandangkan mereka mempunyai kepentingan tertentu.
Pada majlis itu juga, Yuzaile turut menyerahkan seramai 237 ahli baru Pemuda UMNO yang berjaya didaftarkan sepanjang kejohanan futsal itu berlangsung.
Sinar Harian

fuyooooo......banyaknya duit PKR ni sampai sanggup beli orang2 UMNO tu.tak tahu pulak berapa nilainya kan.Setahu saya yang dok membeli ni adalah UMNO sebab depa ni banyak duit (Duit Rakyat yang depa songlap) tak payah la nak buat fitnah tak tentu hala tanpa bukti nyata,sekarang dah zaman millenium bukan zaman batu lagi rakyat semudah itu nak percaya.Saya ada kisah tentang sahabat saya dari kedah dia ni dulu ketua bagi pemuda Pakatan dikedah,kami berkawan rapat dari kecil dan sekarang kami masih berkawan dan saya masak sgt dgn perangai dia kaki betina dan mcm2 kaki lagi.Dia telah isytiharkan keluar dari Pakatan semasa Pilihanraya Permatang Pauh dulu.Dia mengakui telah dibeli dan mendapat imbuhan yang lumayan dari umno kedah dan kini dia hidup senang lenang dari duit haram diatas pengkhianatan, la ni dapat rumah di country club,ada projek dapat kereta 3 buah kot dan bertambah bininya.setahu saya dia ni hidupnya cukup2 makan masa dlm Pakatan sebab nak makan pun kadang hutang ngan kedai.lepas aja lompat terus jadi kaya mendadak,apa kita nak tafsirkan kalau tiba2 kaya macam ni.mgkin orang umno akan kata dia ni jumpa harta karun kot.tapi saya teramatlah kenai seluruh kehidupan dia sekeluarga sehingga ke hari ini.wallahu a'lam
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!