Polis akan siasat YB Zul... tapi SPRM mana?

The Malaysian Insider melaporkan menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Polis akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat semalam bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Musa Hassan berkata memandangkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.

“Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis yang turut dihadiri Perdana Menteri dan isteri.

mmm.. Tahniah buat Musa Hassan kerana menunjukkan kepada kita betapa cepatnya pihak polis dalam bertindak menyiasat kes yang melibatkan Rosmah dan Najib.. kalau dia nak bodek Rosmah dan Najib supaya perkhidmatannya dilanjutkan itu dia punya pasallah...

Tapi kenapa Polis sahaja yang sibuk nak menyiasat? SPRM mana?

Sepatutnya SPRM bertindak lebih awal dari pihak Polis kerana pendedahan YB Zul semalam yang mengatakan bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Rosmah dan Najib jelas membuktikan bahawa YB Zul telah melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 pada fasal 25 iaitu dibawah perenggan "Kewajipan Untuk Melaporkan Transaksi Penyogokan"...


YB Zul jelas telah melanggar Akta tersebut... takkan SPRM nak buat tak nampak kot....

Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan

25.

(1) Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan,apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.

(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. HAMPA SEMUA NI BUANG MASA...
    BUANG TENAGA...

    LEBIH BAIK PAKAT-PAKAT PIKIR...
    PENYATUAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA TERLEBIH DAHULU.

    KERANA POLITIK....
    UMAT ISLAM DIKEJI...

    KERANA POLITIK...
    SESAMA ISLAM PAKAT-PAKAT MEMBENCI.


    MARI BERSATU...
    CARI TITIK PERTEMUAN..

    INSYA ALLAH..
    ALLAH AKAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA KITA YANG MAHU BERSATU SEBAGAI RUMPUN UMAT ISLAM.

    adam amin
    -Kedah-

    ReplyDelete
  2. Adam,

    aku sambung..

    kerana politik
    royalti minyak dinafikan

    kerana politik
    sanggup mundurkan kelantan

    bat8

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post