Presiden Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengemukakan saman terhadap akhbar The Sun dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta.
Saman itu dikemukakannya ekoran penyiaran artikel dalam akhbar tabloid berkenaan mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah menasihati beliau kerana bersikap ultra-Melayu dan melampau serta cauvinis dalam memperjuangkan hak bumiputera di negara ini.
Ibrahim menamakan Ketua Pengarang Kumpulan The Sun, Ho Kay Tat, penerbit akhbar The Sun Sun Media Corporation Sdn Bhd dan penulis artikel berkenaan, Terence Fernandez sebagai defendan.
Writ saman tersebut dikemukakan oleh firma guaman, Salehuddin Saidin kepada akhbar tabloid berkenaan melalui kiriman faks dan serahan tangan hari ini.
Ibrahim dalam penyataan tuntutannya mendakwa, artikel bertarikh 17 Mac 2010 yang disiarkan dalam akhbar tabloid itu yang bertajuk Sultan Keeps Perkasa Guessing On Invitation, menceritakan tentang kehadiran Sultan Sharifuddin tidak pernah sekali pun memberi perkenan untuk merasmikan mesyuarat agung Perkasa pada 27 Mac ini kerana baginda bimbang wakil rakyat Bebas itu bersifat ultra-Melayu dan cauvinis.
wargamarhaen.blogspot.com
Setahu aku lah , katak berbunyi untuk panggil hujan . Rupanya ada spesis yang boleh panggil duit ye. Ye lah nanti siapa pulak nak bayar bil EGM sok .
ReplyDeleteInilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.
ReplyDeleteImam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!