Zalimnya.. Juara Rakyat..

Kita sering mendengar berita-berita yang memaparkan kezaliman Yahudi terhadap penduduk Islam Palestine, berbagai-bagai jenis kezaliman mereka gunakan terhadap penduduk Islam Palestine,..

Mereka sering menjadi mangsa keganasan Polis dan Tentera Yahudi, mereka dibelasah tanpa belas kasihan,ditangkap dan dipenjarakan oleh puak Yahudi tanpa peluang membela diri, Tembok batu dibina bagi memisahkan mereka dengan dunia luar, kawasan tanaman mereka dimusnahkan kereta kebal Yahudi, hak mereka untuk beribadat di halang..

Tanah yang mereka duduki sekian lama dirampas Yahudi dan rumah mereka dirobohkan bagi membina penempatan haram Yahudi…

Kini kita patut bersyukur kehadrat Illahi kerana kita tidak perlu menyabung nyawa untuk ke Palestine untuk melihat semua itu…

Apa yang perlu kita buat hanyalah menoleh kearah Negeri yang dikuasai oleh Pejuang Bangsa di selatan tanahair iaitu Johor…



Dalam kejadian 12 rumah yang didakwa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Seramai 12 pegawai dan 112 anggota polis telah ditempatkan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.


Berpura-purakah anak-anak kecil ini?

Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan....

Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..

Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal.

Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai Pinggiran ini?

Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk berbeza?

















Kemana menghilang pejuang-pejuang Bangsa, kemana menghilang Presiden Perkasa? Adakah kerana tidak menguntungkan mereka penduduk Kampung Denai Pinggiran dibiar sendirian meratap hiba mengenang nasib mereka?

Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga UMNO terus perintah Johor!

23 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bravo amno.... aku sokong tindakan merobohkan rumah2 orang melayu dan semua penempatan haram melayu.... musnahkan lah semuanya biar mereka menangis meraung, peduli apa sama mereka? mereka marah pon sekejap jer, nanti hantarla seorang jaguh pembela melayu, bawakan gula ,biskut, pampers,tilam, kanopi,kain batik dan janjikan penempatan yang lebih teratur dan selesa, pasti mereka tersenyum kembali dan tetap sokong amno. segala janji boleh di ubahsuai sehingga dekat pilihanraya. lepas tu ugut pula ,kalau tak undi amno, janji tak akan ditunaikan!!! semoga amno terus berkuasa dimalingsia supaya melayu terus diseksa...... (mana pembela islam johor??? cepat bantu marhaen yang dizalimi..... undi beb....undi..)

    ReplyDelete
  2. tidak ada jalan lain selain berjuang, tumbangkan pemerintahan zalim warisan penjajah, bentuk kerajaan yang benar2 membela rakyat

    ReplyDelete
  3. Biasalah, kalau xwat bangunan baru dikatakan kera jaan xperihatin. nak pembangunan, nak bangunan baru mesti roboh bangunan lama xgitu?. mari pakat roboh parti lama baru boleh buat parti baru. ngan kata lain roboh BN bina PR.

    ReplyDelete
  4. Kalau ini berlaku di Selangor atau Pulau Pnang, UMNO, Perkasa, TV3, RTM dan Utusan akan beramok sampai separuh gila.
    Pemimpin seperti Muyhiddin, dan Najib akan maki hamun Pakatan.

    Tetapi ini berlaku di negeri Perjuang Melayu.
    Memanglah, kerajaan UMNO berbisu dan berbuta.

    ReplyDelete
  5. Kpd Hindraf pun mau sedar!!
    Tengok beza Kerajaan Penang dengan Johor!!Buah pala punya pampasan beratus ribu...ni org Melayu kat Johor sedikit habuk pun tak dapat!!Tak nak pi demo kat Johor ke! Uthayakumar!!

    ReplyDelete
  6. padan muka sayang kat UMNO...bukan sekali jadi..dah banyak tapi hati kelam..x dapat beza yg baik & buruk..klu DAP buat,mesti Ibrakatak Ali meloncat,bersilap,koyak kertas, & melompat cam babi hutan

    ReplyDelete
  7. TV1, 2, 3, NTV7, 8TV dan TV9 dah ke mana? Berita Harian, Utusan Melayu, Harian Metro, The Star dah pie mana? Ibrahim Ali too dah hilang ke mana??!!

    ReplyDelete
  8. Where's UMNO and Perkasa? Where's the Pemuda UMNO? If this is at S'gor, Kedah, PP or Kelantan.... 100% kena gasak. Super non stop 24 hr coverage by TV1 until TV9. But now in Johor.... how to gasak? Nanti DPM marah lo!

    ReplyDelete
  9. Budak Cina MalaysiaMarch 26, 2010 at 3:31 PM

    Kenapalah perkara sedemikian sering berlaku? Apa sudah terjadi kepada negara yang tercinta ini?

    Tak bolehkah kerajaan jaga kebajikan masyarakat tanpa mengira bangsa selagi mereka perlukan bantuan?

    Mana PERKASA, sampah masyarakat yang baru ditubuhkan dan yang dirasmikan oleh bangsat Malaysia??? Mana wira-wira Melayu yang suka main api dan membangkitkan isu-isu perkauman?

    Apa akan berlaku sekiranya perkara ini berlaku di Pulau Pinang? Cina buli Melayu lagi kot?

    Tak tertahan lagi air mata saya bila ternampak "brader dan sister" Malayu saya yang selama ini dianggap bangsa yang sukakan berdamai ditindas oleh kerajaan keji yang kononnya mempertahankan bangsa Melayu!!!

    Bangkitlah brader sister Melayu!
    Tolong sedarlah.
    Tumbangkanlah umno...

    Biarlah kucing itu putih atau hitam.
    Asalkan ia pandai tangkap tikus!
    Biarlah pemimpin itu Cina atau Melayu.
    Asalkan dia pentingkan rakyat!

    ReplyDelete
  10. Padan muka orang Johor. Sokonglah lagi UMNO pada pilihanraya akan datang dan seterusnya, kan UMNO lahir di Johor. Memang padan muka engkau orang. Bodoh.

    ReplyDelete
  11. Kesian sungguh tengok tangisan anak anak. Pikirke mereka yang robohkan rumah tentang nasib anak kecil yang tiada tempat berteduh? Itulah, kalau dah ada mercedes, rumah besar, wang berjuta dalam bank, handbag mewah, senang nak lupa nasib mereka yang tak bernasib baik. Itulah penyakit sebenar dan sebab sebenar Melayu masih terpinggir.

    ReplyDelete
  12. Kesian sungguh tengok tangisan anak anak. Pikirke mereka yang robohkan rumah tentang nasib anak kecil yang tiada tempat berteduh? Itulah, kalau dah ada mercedes, rumah besar, wang berjuta dalam bank, handbag mewah, senang nak lupa nasib mereka yang tak bernasib baik. Itulah penyakit sebenar dan sebab sebenar Melayu masih terpinggir.

    ReplyDelete
  13. Waktu pilihan raya bukan main lagi ...janji sana sini..melayu johor pun bukan main syok lagi...bila dah menang ...ini lah habuan yang kau orang dapat...dapat traktor...kah..kah..Bukan tak kesian pada mereka...tapi kalau tak kena batang hidung sendiri..sampai bila pun tak sedar diri...Pergilah ke Putra Jaya...ngadu kat tiung bibir merah tu...jenguk kat tingkap pun dah kira untung. Itu sebab kita suruh fikir masa depan dulu sebelum pangkah undi tu...bahalol. PR nanti pangkah lagi dacing bangang tu...MANA MULUT YANG BERBUIH TU...Kau tengok rumah azlina tampok labu tu...rumah besar..kereta besar...kau orang ada apa...rumah???.Pun nak kena roboh...Pendatang luar pun ada banglo..lu tengok kat gombak...tak kena tolak pun...sebab itu stok UMNO untuk jadi hantu kopek....RENTIKANLAH MAT!!!!!!!Polis yang kawal tu pulak ..bos dia ada banglooo...mana dapat duit?..faham-faham je lah kan...kan...kan. From NONAME.

    ReplyDelete
  14. takder cara lain dah untuk bela nasib Melayu dan seluruh rakyat Malaysia melainkan dgn jatuhkan kerajaan pimpinan geng2 fasik dan munafik umno (parti kebangsatan monyet bersatu) dan sekutunya. Umno, go to hell!!

    ReplyDelete
  15. Sebabnya majoriti penduduk kat situ adalah penyokong PR.Diorang buat ni sebagai ugutan.Kalau nak pamapsan senang je pakat undi BN kalau tak bye bye.Kena tanya APCO jugak....

    ReplyDelete
  16. Terima kasih orang Johor kerana mengundi UMNO dan BN. Sebagai hadiah, terima lah hadiah ini dan banyak lagi. keh keh keh !

    ReplyDelete
  17. siannya....semua tu org melayu....bagi la masa lagi ke... pujuk lagi ke.....jgn la guna kuasa je.....x masuk tv 3 pun.....kat penang hari tu kecoh....akbar tak adil....

    ReplyDelete
  18. dashat sungguh perwatakan umno/bn.. tiada terlihat langsung sifat kemanusiaan dlm perbuatan.. mmbiarkan mereka dlm keadaan sehelai sepinggang.. kenapa syg nk bantu kaum sendiri dinegeri paling mmberi sokongn kepada umno? benarlah kata mereka2.. mmg rkyat johor bodoh 2 kali dari rkyt negeri lain.. dizalimi tapi masih mmpu menyokong umno/bn.. cukup2lah rkyt johor., kebajikan lebh terjamin dibawah pakatan rakyat.. kuasa sebenar di tangan kita.. sama2 kita hapuskan kezaliman ini.. tolak bn sampai bile2.. jgn sesekali memaafkan mereka.. mereka sudah melampaui batas

    ReplyDelete
  19. ini projek " Rakyat Diutamakan"

    ReplyDelete
  20. Kalau robohkan rumah org Melayu...Tiada siapa nak bela....Kalau rumah bukan melayu yg di roboh....Macam macam suara LUNAK dilafazkan....Elok la pun...ROBOH saje la...Melayu kan ke MUDAH LUPE...Nak buat macam mana...Mudah LUPE la katekan....ROBOH la...Nak buat macam mana....Sokong PAS....Nanti ISLAM naik...Sian la kat org KAfir plak...Sokng le UMENU....SOKONG jgn Tak SOKONG....

    ReplyDelete
  21. www.inderasegara.blogspot.comApril 1, 2010 at 3:05 PM

    salam..
    sebagai seorang manusia saya simpati melihat kejadian seperti ini..
    tertanya-tanya juga bagaimana nasib mereka dan apa yang mereka rasa..
    namun saya harap mereka yang menjadi mangsa ini akan lebih kuat dan sabar dengan ujian ini..
    marilah kita sama-sama mendoakan semoga mereka semua akan mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat..
    menambah sedikit lagi komen..
    kita tidak boleh hendak menyalahkan sebelah pihak sahaja iaitu pihak kerajaan..
    mungkin benar mereka telah menzalimi tetapi pihak yang dengan tegar melaungkan untuk membela nasib rakyat juga harus memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan isu ini..
    takkan nak tunggu dapat memerintah baru nak bela nasib rakyat..
    waktu inilah kita dapat tengok keikhlasan pemimpin-pemimpin kita..
    sepatutnya mereka berada sewaktu kejadian ini berlaku..tidak kira wakil rakyat kerajaan @ pembangkang..
    ini tugas mereka sebagai wakil rakyat..
    bukan wakil rakyat BN @ wakil rakyat PR..tapi wakil "RAKYAT" secara umumnya..
    fikirkanlah..
    wassalam.

    ReplyDelete
  22. izinkan saya menyalin semula artikel ini..
    saya ingin memaparkan ia di halaman blog saya..
    harap saudara izinkan..
    sekian,
    terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post