Bagaimana Perisik Israel menembusi Sistem Maklumat PDRM.

Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak syarikat Asiasoft ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..


April 9, Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

"Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya. – Malaysiakini



Baiklah… mari kita lihat bagaimana perisik Israel melalui Asiasoft berjaya menembusi (menguasai sebenarnya) system Maklumat dalam PDRM..

LATARBELAKANG PROJEK PRS

Projek Sistem Laporan Polis atau juga dikenali sebagai ‘Police Reporting System’ (PRS) bermula apabila kontrak untuk fasa 1 dan Fasa 2 diberikan kepada Syarikat Sapura Holdings Sdn. Bhd.

Kemudian Fasa 3 (Pembekalan) dan kontrak penyelengaraan untuk Fasa 1,2 dan 3 diberikan kepada Syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC).

Dalam tahun 2006 kontrak berkaitan Migrasi Data diberikan kepada D.G. Kom Sdn. Bhd. Kontrak ini sepatutnya tamat pada 31 Mei 2008 telah dilanjutkan tempohnya sehingga kepada 31 Dec. 2008

MAKLUMAT CAWANGAN KHAS

Dalam bulan Mei 2008, Pengarah Logistik PDRM telah menerima maklumat dari Pengarah Cawangan Khas berkenaan penglibatan dua bekas pegawai tentera risik Israel dalam projek PRS PDRM yang dilaksanakan oleh Syarikat MPC.

Dalam bulan Ogos 2008, Cawangan Khas telah mengesahkan wujud penglibatan Israel dalam melalui Syarikat Asiasoft(M) Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang telah dilantik oleh MPC sebagai sub-kontraktor bagi melaksanakan projek PRS dan Projek berkaitan dengan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.

PENGLIBATAN ASIASOFT (M) SDN BHD DALAM PROJEK PRS

Asiasoft (M) mula terlibat dengan projek PRS sejak 2001 apabila dilantik oleh Sapura sebagai Sub Kontraktor.

Kemudian apabila projek diberikan kepada MPC dan D.G.Kom, Asiasoft juga dilantik oleh kontraktor-kontraktor tersebut bagi melaksanakannya hingga sekarang.

Untuk makluman, Asiasoft (M) Sdn. Bhd. Telah dilantik sebagai sub-kontraktor oleh MPC dan D.G.Kom secara tidak sah bagi melaksanakan kontrak-kontrak PRS. Penglibatan Asiasoft (M) tidak diiktiraf.

KAITAN ASIASOFT DENGAN ISRAEL

Asiasoft (M) dimiliki oleh 2 pemegang saham iaitu:
1- Bee System Sdn. Bhd. Menguasai 70% saham
2- Asiasoft (S) Pte Ltd pula menguasai 30% saham.

Asisoft (S) Pte Ltd berdaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berpengkalan di Israel.

2 Pengarah Asiasoft (S) Pte Ltd adalah bekas tentera Risik Israel, mereka ialah :
1- Izhak David Nakar
2- Ido Schechter

Mereka adalah pengarah syarikat, jadi sebenarnya mereka bukan menembusi tetapi mereka menguasai Sistem Maklumat PDRM yang dibangunkan mereka..

Memandangkan isu keselamatan dan kedaulatan Negara adalah satu isu yang tidak boleh dikompromi dan wujudnya penglibatan elemen asing yang mendedahkan negara kepada pencerobohan maklumat keselamatan pihak jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak-kontrak syarikat yang telah tersebut ditamatkan.

Tujuan mencadangkan penamatan kontrak juga ialah bagi menghentikan kebocoran berterusan maklumat keselamatan Negara dan menghalang pencerobohan kepada system keselamatan Negara.

Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak-kontrak syarikat yang telah tersebut ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..

Nampaknya Hishamuddin Tun Hussein cuba memutarkan kembali skrip tahun 2008 mengenai kewujudan perisik Israel dalam Asiasoft..

Pada tahun 2008 juga laporan Polis dan juga laporan kepada SPRM telah dibuat berkenaan isu ini.

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Betul ke syarikat yang membangunkan sistem PDRM ni di tamatkan begitu saja. Kalau macam ini, siapa pula yang mengendalikan atau membaikpulih sistem jika berlaku bug software? kan soft coding berada di tangan pihak yang membangunkan sistem tersebut, kalau di berikan soft coding tersebut kepada syarikat baru tanpa penglibatan progamer asal, sampai terkeluar biji mata pun takkan mampu programer baru ni faham coding. Tak percaya, sila tanya kepada mereka yang yang faham programming language.
    Seperkara lagi, mungkinkah dalam kerangka sistem PDRM ini sudah ada program sulit yang mampu di"REMOTE ACCESS" dari luar Peace Hill. Al-maklumlah, takkan semua team programmer dari Israel ni nak kerja di dalam pejabat kat Peace Hill ni.
    Renung-renungkanlah setiap detail yang di catitkan kedalam sistem PDRM ni pun ada satu copy ynag telah di buat salinan melalui synchonise backup teknologi yang entah di simpan di mana-mana pelusok dunia?.
    Dunia IT beb, dunia tanpa sempadan.

    ReplyDelete
  2. Betul kata sedara tu..

    Jalan terbaik ialah buat semua dari semula..

    Biala dibuat semula maka akan ada orang lain yang akan kaya pula..

    ReplyDelete
  3. Ada kakitangan pakar boleh tolong buatkan......yang dibayar gaji..bukan dikalangan penyangak olitik wang....habiskan wang negara//keselamatan negara digadaikan...apa ertinya mejadi rakyat malaysia?????sejarah melaka tidak di perlajari....negara dikianati....si bodah memerintah negara patut dihumbang didalam peti
    ais.....

    ReplyDelete
  4. Tak semestinyalah apa yang Anonymous berkata itu betul. Program yang baru diinstalkan tidak memerlukan soft code (source code) terdahulu. Migrasi data (Data migration) akan memindah semua maklumat dari pengkalan data (database) lama ke sistem yang baru. Sistem baru yang diinstalkan mempunyai source code dan bahasa (programming language) sendiri. Soal source code tidak timbul ler !

    ReplyDelete
  5. If I was not mistaken, PRS (Police Reporting System) was all the way acquired / contracted on a negotiated basis, first with Sapura Systems and subsequently with an unheard of company called Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC). MPC was never an IT player. So it is not surprising it never in the news
    until recently. But then why should you make noise when you have a fat billion ringgit contract!

    For security reason, PDRM needs to redevelop PRS from scratch and if possible writing the core application progtams
    in assembly language and certainly not in Open Source.

    ReplyDelete
  6. PRS ialah aplikasi web-based. Dulu guna ASP, kendian dengar kata dah guna dot.NET. Sblm nie ada gak dngr nak convert ASP ke JSP. Ikut mana-mana pun, mesti ada source code, sama-ada ASP, dot.NET, PHP atau JSP. Tentang source code tak ada masalah. Sesiapa bley baca, takkan pening lah kalau bley faham logik sistem tuh. Cuma enjin dibelakang ajer yg perlu dihalusi. Kalu guna dll, ada problem, kalu guna Java, insyaallah tiada masalah. Mungkin dll atau Java class file ada 'open access' ke remote PC dgn password yang dah disetkan. Yg perlunya ialah login/password ke database dan database membenarkan edit/delete ke atas data. Yg ini yg bahaya.

    ReplyDelete
  7. Betul tu, dalam tempoh mereka dapat kontrak dah tentu mereka pasang akses2 tertentu dalam PDRM yang mereka saja yang tahu. Macam dalam kapal terbang, jet2, kapal2 perang. Mereka dapat tahu pergerakan dan lokasi. Perlu ingat mereka ni cukup mahir dalam bab2 IT. Kita pakai sistem baru, ingatkan dah ok, tapi mereka dah setting awal2 lagi.

    ReplyDelete
  8. Semasa dibuat tender benchmarking PRS dulu pun Sapura sudah gagal. Tetapi berkat kabel super strong Tan Sri Shamsuddin, Sapura dapat juga kontrak PRS tu. Ada syarikat2 tempatan lain yg telah membuat benchmarking PRS dgn jayanya.

    Akhirnya disebabkan mereka tidak mempunyai kepakaran dlm bidang ini (doc management system + workflow), Sapura telah terpaksa mencari subkontraktor untuk membuatnya, itupun setelah PRS yg dibangunkan sendiri tidak dapat berfungsi dgn betul.

    Semuanya bermula dgn syarikat kroni yg tidak berkeupayaan mendapat kontrak beratus juta hanya dgn satu panggilan telefon sahaja!

    ReplyDelete
  9. ...apa tindakan kita(Malaysian)?apa perlu kita membuat suatu warta khas?misalanya, buat perangkap maya?pabila dikenalpasti kelak, usah gentar! demi agama, bangsa dan negara tercinta; usah dibiarkan "nila" itu terus bermaharajalela...teruskan sinaran berkasih sayang antara kita untuk mempertahankan negara yang ada ini....(JebatSabah)

    ReplyDelete
  10. DSAI mendedahkan tentang APCO di Parlimen sampai kena gantung 6 bulan itu lah dia nampak sgt org ameeno/BN mempertahankan israel muluty cakap lain hatyi simpana lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post