
Ish.... Nampak bodoh semacam saja kenyataan ni.. hebat sangatkah mamak ni hingga BN dah kalah pun ada orang offer dia?
Bagi melagakan sesama pemimpin PR Perak, mamak itu juga telah berkata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS bukannya calon pertama bagi jawatan Menteri Besar Perak.
Tetapi Mamak tersebut telah menolak tawaran tersebut kerana berpegang kepada prinsip perjuangan.
Itu sebahagian dari pendedahan ataupun penipuan Mamak itu, untuk penipuan atau pendedahan sepenuhnya sila baca di sini.
Dan hari ini pula Penipu Besar dari Bayan Baru yang kononnya telah berkawan lama dengan DSAI pula telah berkata Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali merupakan seorang lagi pemimpin UMNO yang ditawarkan jawatan itu jika menyertai pembangkang selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Pulak dah… Sampai berapa puluh orang nak dilantik jadi MB Perak oleh DSAI dulu ni?Yang pastinya kata-kata penipu besar dari Bayan Baru itu memang tidak boleh dipercayai kerana ramai MP sendiri telah mengatakan dia penipu.
Dan kata-kata Mamak Zambry tu pulak memang aku tak percaya langsung.. setelah melihat bagaimana dia menggunakan polis untuk menghalang atau menyekat syiar Islam diperkembangkan oleh Ustaz Halim Nasir melalui ceramah ugama di Pulau Pangkor sendiri…
TAJOL ROSLI DITAWAR MENJADI MB PERAK
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR 1 April - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali merupakan seorang lagi pemimpin UMNO yang ditawarkan jawatan itu jika menyertai pembangkang selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang merupakan bekas rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Menurut Zahrain, beliau mengetahui mengenai perkara itu kerana selepas pakatan pembangkang berjaya menawan Perak, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiada calon yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
"Saya kawan dengan Anwar lama dan dalam kes di Perak, beliau terdesak untuk mencari calon yang layak memandangkan pemimpin PKR yang ada iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kini wakil rakyat bebas) tidak dipandang oleh Anwar.
"Anwar memperkecilkan Jamaluddin kerana beliau hanyalah seorang bekas posmen.
"Jadi, saya dengar dia mencari Tajol Rosli sebagai salah seorang ahli Barisan Nasional (BN) yang layak untuk ditawarkan jawatan menteri besar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Zahrain mendedahkan demikian ketika ditanya sama ada beliau mengetahui mengenai rancangan Anwar menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepada tiga wakil rakyat UMNO seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengesahkan beliau antara individu yang ditawarkan jawatan tersebut jika menyertai PKR selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Zambry membuat pengakuan tersebut ketika menggulung perbahasan usul ucapan tahniah dan menjunjung kasih atas titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam.
Terdahulu, pendedahan mengenai tawaran jawatan itu dibuat Mohd. Tajol Rosli ketika membahaskan usul dalam sidang DUN yang sama tetapi tidak pula mendedahkan ketiga-tiga ADUN yang dimaksudkannya.
Mengulas lanjut Zahrain berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau mendakwa Anwar merupakan seorang ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.
"Anwar bukan peduli apa, soal kawan, parti, rakyat malah keluarga pun dia sanggup korban asalkan matlamatnya tercapai," jelasnya.
Menurut wakil rakyat bebas itu lagi, sebenarnya DAP berkeras untuk memastikan wakil rakyat daripada parti itu menjawat jawatan menteri besar pada ketika itu
Namun katanya, disebabkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tidak membenarkan selain Melayu menjadi menteri besar, jawatan itu terpaksa diserahkan kepada ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Media UMNO
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!