Eh.. Sejak bila Brahim Ali menjadi Ahli Parlimen UMNO/BN?

Kata Ibrahim Ali “Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,”

Kata dia.. KITA tuu....kah.. kah.. kah.. eh sejak bila Brahim Ali ini diterima oleh Najib menjadi sebahagian dari Ahli Parlimen BN? Perasan sungguh Raja Katak yang tak ada nilai ni, maksud aku tak bernilai langsung jika dibandingkan dengan katak-katak lain..

Raja Katak tu kan Ahli Parlimen bebas yang menyokong BN manakala Najib dan BN tak pernah pula menyatakan mereka menyokong Raja Katak itu..

Bukan pasal itu yang aku nak komen sebenarnya.. Cuma sedikit komen pasal kenyataan Brahim Ali yang telah menggesa kerajaan menangguhkan bantuan buat Kaum Cina kerana menurutnya mereka tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan.

Brahim Ali mungkin terlupa atau pura-pura tidak tahu bahawa kaum Cina adalah kaum yang menguasai ekonomi Negara ini, mereka juga adalah penyumbang terbesar kepada cukai pendapatan yang dikenakan oleh kerajaan.

Kalau Najib mengikut cadangan bodoh Brahim Ali itu, bagaimana pula jika Kaum Cina yang membayar cukai pendapatan itu pula menangguhkan bayaran cukai pendapatan mereka?

Dan bagaimana pula jika Cina yang bernama Vincent Tan itu menangguhkan juga bayaran ‘Director Fees’ kepada Brahim Ali.

Kalau kerana tidak mengundi BN dalam PRK Hulu Selangor yang lalu pengundi Cina dikatakan tidak tahu berterima kasih, Brahim Ali ternyata memang bodoh!!

Itu hak mereka, hak mereka sebagai rakyat Malaysia.. hak mereka untuk memastikan demokrasi terus subur di Malaysia ini.. walaupun kini tercalar sudah.....

Sebagai Ahli Parlimen sepatutnya Brahim Ali berfikir dengan lebih jauh, Brahim Ali sepatutnya berfikir dahulu apa yang hendak diucapkannya, jangan hanya bercakap untuk membuatkan Najib berasa bangga dengan kehadiran beliau..



Hulu Selangor: Perkasa gesa BN tangguh bantu kaum Cina

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 26 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kontroversi menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.

“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.

“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.

Walaupun analisis menunjukkan sokongan pengundi Cina masih belum memihak kepada BN tetapi ia menerima peningkatan undi komuniti India hampir 10 peratus.

BN meletakkan sasaran majoriti 6,000 undi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal minggu lalu Ibrahim sendiri meletakkan majoriti 3,000 kepada BN tetapi Khamis lalu menurunkannya kepada 1,500 undi.

Kata beliau, apa saja yang kaum Cina minta kerajaan sedia berikan tetapi mereka tidak berterima kasih.

“BN kena ambil hati orang Melayu yangg tetap setia pada BN.

“Oleh itu dasar afirmatif untuk memperkasakan kaum Melayu dan Bumiputera mesti diterus dan dilaksanakan dengan tegas,” kata beliau dengan merujuk kepada Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka.

Malam tadi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,” katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata, MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

Ibrahim berkata kemenangan BN membuktikan rakyat mahu ketenangan dan kesetabilan politik.

“Ia juga bukti rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak) sebagai perdana menteri. Ia juga membuktikan politik perkauman ditolak rakyat.

“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kaseh pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina.

“Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” katanya.

Katanya, usaha pihak tertentu untuk memburukkan nama Perkasa dalam pilihan raya Hulu Selangor juga tidak memberi kesan.


The Malaysian Insider

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ibrahim Ali lagi teruk drpd pengundi di Hulu Selangor yang tak undi BN.

    Menang pilihanraya atas tiket PAS. Lepas menang, buat bodoh tak tahu berterima kasih kpd PAS yang telah berikan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS. Ramai pengikut PAS yang undi Ibrahim Ali kerana logo PAS.

    Jika Ibrahim Ali minta tangguhkan bantuan utk kaum Cina. Maka amat patut Ibrahim Ali letak jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas. Baru padan.

    ReplyDelete
  2. kah kah kah
    helo brother! tak masuk akal langsung you masukkan cerita Brahim si katak puru anak tok gawa ali dalam blog ini.
    katak puru ni nak cari nama sahaja, nak tunjuk pada isteri rosmah bahawa beliaulah Umno sejati.
    sebenarnya katak puru ni tak pernah menang atas nama BN. dulu jadi YB atas tiket S46 dan sekarang atas tiket PAS.
    Sekarang kami akan berjuang untuk mempertahankan Umno pasir Mas daripada pengkhianat ini Kalau masuk brahim dalam Umno p.Mas, pasti Umno p.Mas akan rosak.
    hidup Melayu!!!!!!

    ReplyDelete
  3. aku cucu mamak kutty yg ori punyaApril 26, 2010 at 7:41 PM

    sebut pasal bertyerima kasih ni....brahim ali tu patut berterima kasih kat kat pas kerana memberi peluang brahim ali bertanding di pasir mas.....kahkahkah...klu jenis katak tu mermang le jenis banggang .....sebab tu di jadikan umpan untuk memancing ikan haruan....kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya semakin tua semakin cerdik dan berakal tetapi yang sekor ni makin tua makin bodoh dan bengap.....bercakap merapu tak tentu hala......

    ReplyDelete
  5. Spesis katakkan memang 2 alam bro.. semua org dah tau dia ni barua umno.. perkasa tu topeng je utk maintainkan sokongan melayu atas tindakan kerajaan yang tidak berpihak kepada melayu..

    ReplyDelete
  6. hang silap ulas...aku rasa bukan berahim ali yang ckp tapi si adnan yang cakap

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post