Hulu Selangor : Kamal calon dari MIC?

Samy Vellu nampaknya telah menyerahkan 100% kepada Najib untuk memilih dan meletakkan meletakkan calon BN di Hulu Selangor.

Ini bermakna nama yang disebut oleh Samy Vellu iaitu Dato G.Palanevel terbatal dengan sendiri.

Antara criteria yang telah ditetapkan Najib ialah untuk menjadi calon BN ialah calon mesti datangnya dari MIC, Seorang yang masih muda, Bersih dari sebarang masaalah, sedia untuk berkhidmat dan fasih berbahasa Melayu serta boleh mesra dengan orang tempatan,

Dari apa yang telah ditetapkan itu beberapa blog pro-UMNO telah membuat tafsiran dan andaian tentang calon BN yang akan bertanding di PRK Hulu Selangor yang akan datang ini.




Nama yang paling popular menjadi sebutan mereka ialah P.Kamalanathan (gambar atas), 43 yang kini merupakan Ketua Penerangan MIC

P.Kamalanathan ataupun lebih mesra dengan panggilan Kamal adalah orang tempatan Hulu Selangor…

Kalau Kamal dinamakan sebagai calon oleh MIC ianya memang tepat dan amat sesuai sekali, kerana ini akan menyejukkan hati penyokong-penyokong UMNO yang mahukan calon dari UMNO yang sudah tentunya Melayu diletakkan di Hulu Selangor.

Tanpa melihat nama penuh dan wajah sebenar Kamal iaitu P.Kamalanathan, sesetengah penyokong UMNO mungkin boleh dikhabarkan bahawa Kamal itu Melayu jadi sokonglah Kamal..

UMNO juga boleh menggunakan kenyataan Presiden Samy Vellu yang pernah mendakwa parti masyarakat India itu mempunyai 50,000 ahli dari bangsa Melayu dan Cina pada mesyuarat jawatankuasa pusat (CWC) yang lalu.

UMNO boleh mengkhabarkan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor bahawa Kamal itu ialah diantara 50,000 orang yang berbangsa Melayu dalam MIC nescaya mereka akan percaya..

Kan Nazri Aziz dah kata Ahli UMNO Bodoh!! Jadi senanglah nak diperbodohkan...

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ceh..aku ingat kamal ni Islam la plak nama kamal.. ahahahaa

    ReplyDelete
  2. Nasib baik Samy Vellu tak dicalonkan kalau tidak tentu nama panggilan dia sah Samion.

    ReplyDelete
  3. bukan samion, tapi samir nasri...huhu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post