Katak Perak Bebas tuduhan Rasuah..

Dah agak dari semenjak diaorang menjadi Bebas yang menyokong BN lagi.. Cara mudah untuk melarikan diri dari tuduhan Rasuah yang dikenakan keatas mereka walaupun mereka sedar mereka telah diperangkap..

Cerita mereka diperangkap tu aku dengar dari mulut mereka sendiri, kerana sehari sebelum ditangkap itu mereka berada di JDM3 (Sungai Derhaka) membantu gerak kerja menghadapi PRK P044 (Parlimen Permatang Pauh)..


IPOH, 23 April — Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.

Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas.

Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Kesemua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.


Bernama

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Satu pun tak sangkut...hebat hakim di malaysia... kalah hakim antarabangsa...
    kalau macam ni aku nak jadi orang umno la...buat jahat mesti lepas punya lah..!!!

    haram jadah betui

    ReplyDelete
  2. HULU SELANGOR: Seratus bekas peneroka Felda Sungai Buaya, termasuk waris mereka, hari ini masing-masing menerima wang pendahuluan RM50,000 bagi pampasan tanah daripada Kerajaan Persekutuan.


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bayaran pendahuluan membabitkan peruntukan keseluruhan RM5 juta itu akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Felda itu berhubung bayaran pampasan tanah tertunggak.

    Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk bank draf yang boleh ditunaikan atau dilaburkan oleh penerima terbabit.

    "Selebihnya, kita setuju bagi RM160,000 seekar (0.4 hektar) bila tanah ini (Sungai Buaya) dibangunkan.... syarat utama, pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada BN," kata Perdana Menteri.

    Beliau berkata demikian di majlis penyampaian pembayaran tanah Felda kepada bekas peneroka, penyerahan cek pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di Hulu Selangor di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya, Batang kali dekat sini petang ini. - Bernama

    Di atas adalah laporan dari METRO ONLINE..cube baca petikan ini:

    "Selebihnya, kita setuju bagi RM160,000 seekar (0.4 hektar) bila tanah ini (Sungai Buaya) dibangunkan.... syarat utama, pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada BN," kata Perdana Menteri.

    bukankan ini boleh dikatakan rasuah..pendek kata "ko bg aku menang,aku bg ko duit"..inikah pemimpin yg kita nak?cakap 1 malaysia,sepatutnya bantu mereka tanpa ikut fahaman politik..duit tu hak rakyat,bukan hak BN..kenapa perlu tunggu pilihanraya br nak bayar??sblm ni Palanivel xtau ke isu tanah ni??isu dh 15 tahun,Palanivel pegang ahli parlimen 4 penggal..ape cite ni??ke Palanivel dh amik duit tu..

    Wahai penduduk Hulu Selangor, jgn buta hati klu diorg tawarkn duit..klu nak ambik blh,sbb itu duit kite yg diorg kaut sblm ni..tp jgn undi BN..rasuah terang-terangan..HIDUP PR!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post