Kes Aminulrashid : Kezaliman begini hanya di Israel - Guan Eng

SHAH ALAM 28 APR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tindakan polis terhadap remaja 15 tahun, Aminulrashid Amzah dan menyifatkan perbuatan seumpama itu seakan-akan kezaliman pihak berkuasa Israel

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika mengunjungi rumah keluarga mangsa di Jalan Makyung, Seksyen 11 kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ramai saudara mara berhimpun di rumah mangsa sebagai tanda simpati kepada keluarga berkenaan. Masing-masing berwajah sugul, malah ada yang menangis.
Sebuah khemah turut dipasang depan perkarangan rumah.

Ketika ditemui TV Selangor, Guan Eng menegaskan siasatan bebas perlu dibuat dan berharap tiada mana-mana pihak cuba melindungi individu yang melakukan kekejaman ini.

Beliau juga membidas media arus perdana dan polis yang melulu mengeluar kenyataan hingga mengguris ahli keluarga mangsa.

"Dalam peristiwa yang menghibakan ini cuba berikan keadilan, sudah cukup menghibakan dan jangan cuba mengaibkan ahli keluarga lagi. Kita mahu satu siasatan bebas tanpa ada unsur melindungi polis terlibat.

"Saya ingin tegaskan kita bukan anti-polis, kita hanya anti satu dua yang merosakkan nama baik polis," katanya yang turut mengucapkan takziah dan mengutuk kezaliman ini.

"Ini satu tragedi yang amat menghibakan dan kita juga memberi sokongan. Kita juga ingin melahirkan kecaman sekuat-kuatnya sekali ke atas tragedi ini.

“Jangan biarkan satu lagi nyawa kehilangan begitu saja kerana ini adalah satu kezaliman yang amat ketara yang hanya kita dapat lihat hanya di Israel," katanya


TVSelangor

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. mak bapak dan keluarga takkan sama sekali kata anak mereka jahat..

    aku bagi contoh, kereta aku kena langgar dengan budak umur 13 tahun bawak motor laju tak pakai helmet naik berdua...kaki dia patah, aku sekupang pun tak mintak sebab dia budak dan hanya report polis sebab formality...bapak dia ok je, mintak maaf dgn aku...datang mak dia, marah2 aku, siap kata anak dia tak pernah bawak motor sebab takde lesen...kalau bawak pun dekat2 je dan slow...

    nasib baik ada orang kampung situ sound direct bagitau memang anak dia jaguh situ, siap wheelie bagai...terkedu mak dia...hehe...

    moral of the story, family mesti akan backing anak diorang...

    kita yang berakal ni, kena justify ikut keadaan la...budak, tingkatan dua, pukul 2 pagi, memandu kereta, ada parang dalam kereta...semua tu kena guna untuk justify...

    and macam kawan2 kata la, kalau tak salah kenapa tak berhenti...dah terhenti, kenapa ada gut untuk reverse laju menghala anggota polis pulak...

    jangan ambik kira hati family budak tu je...hati anggota polis dan family kena jugak ambik kira...tu kita belum tanya anggota polis tu trauma tak...diorang tu peronda, bukan UTK...kerja dia bukan selalu menembak orang ni...mcm mana dia nak digest the fact yang dia dah tembak budak...aku yakin dia pun bukan saja2 seronok2 nak tembak, especially kalau dia tau tu budak...dah kereta meluru mai, takkan nak gawang tangan suruh stop stop stop...

    keluarga kena la main peranan..dah sampai esok pagi baru mak dia nak call akak dia tanya adik dia tido situ ke??masa malam tu mak dia sibuk buat apa sampai tak sedar anak ada ke take dalam rumah...aiseyman...logik la sikit makcik...

    ReplyDelete
  2. Doh, ini bukan mak dia je backup. Cikgu-cikgu sekolah dia pun cakap arwah ni walaupun tak berapa cemerlang, dia aktif dalam sukan. Aku buat ramalan, mungkinlah dia ada terlibat dengan bola sepak. Malam kejadian, dia ambik kereta akak dia nak pi tengok bola. Tengok bola weiiii!

    Jangan justify atas teori brother cop. Memanglah cepat orang tag dia ni memang nak menyamun.

    But serious shit laa, kau adalah kaum hawa yang first skali aku tengok bagi opinion macam ni. Rata-rata yang bersependapat ni orang jantan je. Hurmm! Kau belum ada anak kut. Mungkinlah.

    But that aside, nak cerita trauma anggota polis tu, aku pun boleh. Ceritalah pulak trauma kawan arwah yang duduk sebelah tu.

    Wei, budak lingkungan umur 15 tahun kena tembak tau. Bukannya diorang yang menembak. Trauma orang ni, kita mana tau. Brother cop mungkin buat statement cakap saya menyesal, hati punya cakap who knows?

    Btw macam mana kau boleh ambil lekeh fakta yang anggota polis tu hanya peronda? Wei diorang pegang pistol, dol. Takkan tak ada training nak sebelum you carry guns around? Eh kalau macam tu aku pun nak sepucuk lah. Kau biar betik? UTK to lain cerita. Standard Operation Procedure diorang memang, once called you shoot to kill. INI PERONDA BIASA WEI. And that shot went through that little boy's head. Eh come on laa diorang bukan UTK? Hurmmm..

    Lain kali jangan ambik kira hati family budak tu, NAK PUN HATI ANGGOTA tu. Apa yang important sekarang ni, anggota yang tertuduh tu buat kita, citizen biasa, rasa nyawa kita cost very cheap. Hari ni maybe kita tengah berbual mengenai kejadian budak tu. Besok hari tentang siapa punya nyawa plak pun aku taktau.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post