Ketua Wanita MCA letak jawatan!

Kata dikota...

Beliau akan melepaskan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat yang disandangnya dan juga akan melepaskan jawatan senator.



Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA.

Serentak dengan peletakan jawatan itu, Chew juga berkata dia akan melepaskan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat yang disandangnya.

Beliau juga mengumumkan akan melepaskan jawatan senator.

Pada pemilihan parti itu pada 28 Mac lalu, Chew berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandels seks DVD dilantik sebagai presiden.

Chua berjaya menumbangkan presiden ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dengan majoriti yang tipis.

Reaksi spontan Chew pada malam keputusan itu ialah beliau akan menagguhkan sebarang pengumuman sehingga Jawatankuasa Pusat Pergerakan Wanita MCA bermesyuarat.

Mesyuarat itu berlangsung hari ini.

Menjelang tengah hari, ratusan penyokongnya tiba di Wisma MCA, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Chew.

Antara sepanduk dan kain rentang yang dibawa mereka, tertera "Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita".

Semasa Chew tiba, penyokongnya terus melaungkan "Kami sokong anda", "Kami perlukan anda" dan "Jangan letak jawatan!".

Sokongan padu itu menyaksikan Chew menitiskan air mata. Beliau kemudiannya menghabiskan kira-kira 30 minit dengan penyokongnya sebelum menuju ke tingkat enam untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.


Malaysiakini

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. tangisan betina nie tidak boleh dipercayai, baik dia balik rumah bikin anak atau berumahtangga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post