Khir Toyo pula menggesa Kerajaan mengkaji dasar terhadap Kaum Cina..

Khir Toyo nampaknya hampir sehaluan dengan Brahim Ali dalam menggesa kerajaan UMNO/BN mengkaji semula dasar mereka terhadap Kaum Cina di Malaysia..

Kalau Brahim Ali menggesa kerajaan menangguhkan semua peruntukan untuk kaum Cuna kerana membalas dendam terhadap penolakan pengundi Kaum Cina terhadap UMNO/BN di Hulu Selangoe baru-baru ini, Khir Toyo pula menggesa kajian terhadap dasar dibuat juga kerana membalas dendam..

Khir Toyo juga membayangkan perkembangan ini sebagai "pola pengundian bersifat cauvinis Cina".. tapi.. adakah Dato Zaid Ibrahim itu Cina??

Inilah yang dikatakan marahkan nyamuk kelambu dibakar... bagaimana agaknya perasaan kaum Cina yang menyokong UMNO/BN agaknya, kalau tak silap ada lebih kurang 30% Kaum Cina yang menyokong UMNO/BN semasa PRK itu..

Sedarkah mereka akan keujudan 30% pengundi UMNO/BN dari kaum Cina di Hulu Selangor itu?

Khir: Kaji semula dasar k'jaan terhadap kaum Cina

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo menuntut supaya dasar kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan Cina "dikaji semula" supaya lebih memberi penghargaan kepada masyarakat Melayu dan India.

Katanya, masyarakat Melayu dan India kembali menyokong BN sedangkan golongan pengundi Cina di Hulu Selangor menolak parti itu bagi mengukuhkan DAP, tulis beliau di blog peribadinya.

"Pada hemat saya kaum Cina memilih untuk setia kepada Pakatan bukan bersandarkan isu pembangunan mahu pun isu polisi tetapi lebih kepada isu kuasa orang Cina di Selangor yang lebih besar berbanding konsep perkongsian kuasa dalam BN," katanya.

Jelasnya, BN "dibelasah teruk" di kawasan majoriti pengundi Cina dan membayangkan perkembangan itu sebagai "pola pengundian bersifat cauvinis Cina."

"Sokongan besar kaum Cina kepada Pakatan adalah hasil kempen perkauman DAP secara senya-senyap. Terdapat laporan DAP memainkan isu-isu perkauman dalam kempen rumah ke rumah pengundi Cina.

"Mereka mendakwa hak dan kepentingan kaum Cina ditindas oleh Umno dan ini menimbulkan kemarahan pengundi Cina di Hulu Selangor.

"Justeru saya berharap Datuk Seri Najib dan saf kepimpinan BN melihat semula semua polisi-polisi ini dan menghargai pengorbanan pengundi Melayu dan India yang memberi sokongan kepada BN.

"Ramai rakyat Selangor beranggapan yang menguasai kerajaan hari ini ialah DAP manakala menteri besar sekadar pembuat kenyataan, bukannya keputusan. DAP juga dilihat menguasai kerajaan negeri dan potfolio penting," tulisnya.lagi

Dr Khir juga mendakwa usaha pembaharuan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak dihargai oleh masyarakat Cina luar bandar ini.

"Ini termasuk memperkenalkan MEB (model ekonomi baru), konsep 1Malaysia, bantuan yang lebih besar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pemberian biasiswa kepada semua kaum dan pelbagai usaha liberalisasi perniagaan yang kononnya menjadi asas ketidakpuasan hati kaum Cina.

"Ditambah lagi dengan pemulihan ekonomi negara dan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, sudah tentu perdana menteri mengharapkan ada sedikit penghargaan dalam bentuk sokongan kepada usahanya.

"Malangnya ia berlaku sebaliknya, jumlah sokongan kaum Cina kepada BN makin merosot. Seolah-olah segala usaha pembaharuan Datuk Seri Najib tiada makna kepada kaum Cina di kawasan bandar," katanya.


Malaysiakini

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. SALAM,

    AKU RASA ADA SESUATU YG TAK KENA DGN UMNO DI BWH PEMERINTAHAN NAJIB NI...

    APA YG MENJADI MATLAMAT DAN HALA TUJU YG MEREKA HENDAK BAWA MALAYSIA KITA NI??? 1MALAYSIA YG BAGAIMANA SEBENARNYA?

    ...MEMPROMOSIKAN 1MALAYSIA, DLM WAKTU YG SAMA AHLI2 UMNO BERCAKAP PASAL PERKAUMAN? PERKASA, KHIR TOYO, TENGKU ADNAN TG MANSUR...

    ADAKAH MEREKA BARU BUKA MATA TTG HAKIKAT APA YG BERLAKU DI MALAYSIA INI, DR SEGI EKONOMI DAN POLITIK PERKAUMAN MEREKA? ADAKAH KAWAN BAIK TIDUR SEKATIL SUDAH MIMPI LAIN2...ADAKAH ANJING YG DILEPASKAN DAN DIBERI MAKAN SELAMA INI MENGGIGIT TUANNYA?

    KAWAN KETAWA (DENGAN LABU2NYA) SENANG DI CARI, TAPI KAWAN MENANGIS...MENANGISLAH KAU SORANG DIRI WAHAI UMNO PABILA TIBA WAKTUNYA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post