Kalau samai 37 borang pencalonan dijual, agak-agak berapa puluh orang pula yang akan turut bertanding dalam PRK ni ya..
Rasanya boleh pecah rekod PRK Bukit Selambau dulu tu..
Sejumlah 37 borang pencalonan untuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor telah dijual.
Menurut Pengerusi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, borang-borang itu dibeli oleh anggota daripada pelbagai parti.
Bagaimanpun katanya, ia adalah bukanlah sesuatu yang janggal kerana pada setiap kali pilihan raya kecil diadakan, banyak borang yang dijual.
“Mungkin mereka membeli lebih borang bagi mengelakkan kesilapan ketika mengisi borang. Lagipun, borang itu adalah murah,” katanya sambil menambah bahawa setiap borang dijual pada harga RM20.
Aziz juga berkata dua calon telah membayar wang pendahuluan untuk bertanding pada pilihan raya itu.
"Satu daripada BN manakala satu lagi adalah daripada calon bebas,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Aziz juga ditanya kemungkinan pilihan raya kecil di Hulu Selangor menyaksikan keadaan seperti pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau tahun lalu apabila 13 calon bebas, seorang calon BN dan seorang PKR.
Beliau berharap jumlah calon yang bertanding tidak seramai seperti di Bukit Selambau.
Beliau berkata ajen-ejen parti lazimnya membeli lebih daripada satu borang sebagai persediaan jika borang rosak atau tersilap isi.
"Tidak semestinya jumlah borang sama dengan jumlah calon,” katanya.
Pilihan raya itu dijangka menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Datuk zaid Ibrahim menentang P Kamalanathan yang mewakli BN. Namun, bekas timbalan ketua bahagian MIC Hulu Selangor, VS Chandran dan ahli perniagaan Johan Mohd Diah masing-masing juga telah mengumumkan pencalonan mereka.
Malaysiakini

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!