P094 : Didalam Terang, Najib Merasuah..

Tidakkah ini merupakan rasuah??

“Kita bersetuju untuk membayar RM160,000 seekar, akan dibayar bila tanah dibangunkan... pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada pangkuan Barisan Nasional,” kata Najib

HULU SELANGOR, 23 April — Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menyelesaikan masalah 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di sini, yang berlarutan lebih satu dekad, dengan syarat Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib, yang juga Pengerusi BN memberi janji ini kira-kira lima jam selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengambil alih tanah bekas penempatan Felda ini untuk dibangunkan dan membantu peneroka-peneroka terbabit.

Khalid memberikan tempoh tiga bulan kepada pemaju berkenaan untuk tampil dengan pelan pembangunan tanpa mengabaikan kepentingan bekas peneroka terbabit.

Kedua-dua Najib dan Khalid berada di kawasan bekas Felda Sungai Buaya ini ketika tinggal dua hari sebelum pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

Daerah mengundi Sungai Buaya menjanjikan 1,700 undi manakala daerah mengundi Bandar Sungai Buaya pula sekitar 550 undi.

Isu ini telah menjadi tuntutan pilihan raya umum 2004 dan 2008 ketika kerajaan negeri masih berada dalam penguasaan BN.

“Kita bersetuju untuk membayar RM160,000 seekar, akan dibayar bila tanah dibangunkan... pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada pangkuan Barisan Nasional,” kata Najib pada majlis khas di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini hari ini.

Khalid memberikan janjinya di dewan berhampiran lokasi di mana Najib (gambar) mengumumkan jalan penyelesaian beliau.

Harga ditawarkan kepada peneroka 16 tahun lalu ialah RM121,000 seekar.

Buat peringkat awal hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan menyampaikan bayaran RM50,000 kepada 100 daripada 363 peneroka Felda Sungai Buaya petang ini.

Baki peneroka akan menerima bayaran RM50,000 Isnin ini di premis bekas pemaju kawasan berkenaan iaitu Murna Jaya Development Berhad — syarikat yang dibangunkan bersama oleh 363 peneroka pada 1994.

Tanah itu akan diambil alih oleh Idiqa Holding Sdn Bhd daripada Murna Jaya, kata Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

“Kita akan membayar baki wang kepada peneroka-peneroka terbabit sebaik sahaja urusan pindah milik selesai... mungkin mengambil masa enam hingga lapan bulan,” kata Pengarah Urusan syarikat itu, Azizi Abd Hamid kepada The Malaysian Insider.

Wang RM1,000 diserahkan secara tunai manakala RM49,000 dalam bentuk draf bank.

Majlis dihadiri Najib petang ini diadakan untuk membuat pembayaran tanah Felda kepada bekas-bekas peneroka dan penyerahan cek pembinaan susur keluar masuk Sungai Buaya ke Lebuh Raya Utara-Selatan dan penyampaian sumbangan kepada masjid serta surau daerah Hulu Selangor.

Najib berkata, kawasan berkenaan yang seluar kira-kira 640 hektar hanya boleh dibangunkan jika mendapat kelulusan negeri.

“Kalau tidak mendapat kelulusan tukar syarat semula, macam nasib Yayasan Basmi Kemiskinan yang tidak dapat menjalankan projek (kampus Universiti Teknologi Mara),” kata Najib yang juga Presiden Umno.

Hal ehwal kelulusan tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Selangor kini diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Najib juga berkata persimpangan susur keluar masuk yang menelan kos RM85 juta akan dibina awal tahun depan.

Pada majlis itu Najib berkata, sebuah kampus UiTM akan dibina di Serendah jika kerajaan negeri diambil alih BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Pagi tadi Khalid memberi amaran kerajaan negeri akan mendapatkan balik tanah berkenaan jika tiada kemajuan di kawasan berkenaan dalam tempoh tiga bulan.

“Jika pemaju tidak melakukan apa-apa dalam tempoh tiga bulan, jika kami tidak mendengar apa-apa... kami (kerajaan negeri) akan mengambil alih tanah dan membangunkannya,” katanya.

Kata Khalid, jika kerajaan negeri mengambil alih tanah itu kelak pihaknya akan menggunakan formula pemulihan kawasan Bukit Botak.

Mengikut maklumat latar belakang yang diperoleh, projek pembangunan Felda Sungai Buaya bermula dengan satu perjanjian di antara peneroka–peneroka Felda Sungai Buaya dan Murna Jaya Development Berhad (MJDB), di mana ia telah ditandatangani sekitar tahun 1993-1994 melibatkan seramai 363 peneroka.

MJDB ditubuhkan oleh 363 peneroka asal Felda Sungai Buaya yang memberi kuasa kepada MJDB untuk merancang, berunding dan membangunkan semula tanah mereka melibatkan 14 hak milik tanah berkeluasan 1,252.31 hektar (3,094.5 ekar).

Seramai 120 peserta masih hidup dan baki seramai 243 peserta telah meninggal dunia.Sebagai balasan pemilik tanah dibayar sejumlah RM121,000 seekar dan bayaran perlu dibuat secara berperingkat dalam tempoh 48 bulan dari tarikh perjanjian dan sepatutnya diselesaikan pada 1998.

Pada Mei 1996, MJDB, Land & General Berhad (L&G) dan Bandar Sungai Buaya Sdn. Bhd. (BSB), anak syarikat L&G telah menandatangani satu perjanjian usaha sama di mana hartanah seluas 1,252.31 hektar milik MJDB, pindah milik kepada BSB yang melibatkan 14 hak milik tanah, BSB membayar secara tunai RM65.68 juta, bakinya secara terbitan saham 309.267 unit dan balasan pindah milik dinaikkan kepada 374.335 juta. Setakat 30 Dis 2002, baki yang perlu dibayar adalah sebanyak RM226.495 juta.


The Malaysian Insider

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. BAYAR RM1,000.00. BAKINYA BANK DERAF. TAPI HARI INI, BESOK DAN LUSA TAK DAPAT DI TUNAIKAN. JADI ANDAIKATA BANK DERAF ADA MASALAH PADA HARI ISNIN DAN BERIKUTNYA.............

    APA AKAN JADI PADA PENEROKA-PENEROKA TADI.

    PENGALAMAN LALU SENTIASA DALAM INGATAN. JADI BERHATI-HATILAH.

    ReplyDelete
  2. S P R M oh S P R M, di mana kau ha.................

    begitu lah nasib kalau sprm dah jadi alat.

    tapi kesabaran akan sampai ke kemuncaknya pada PRU 13. lihat kearah mana pulak mereka-mereka yang bekerja di sana akan bermuka-muka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post