P094 : Gambar Asal dan Gambar yang diedit blogger UMNO.

Blogger-blogger Pro UMNO sekali menunjukkan bahawa fitnah itu memang makanan mereka, dalam kempen PRK Hulu Selangor mereka telah menggunakan teknik superimpose yang untuk membuktikan yang Dato Zaid Ibrahim itu seorang kaki botol..

Tapi...... tak berapa real la Brother.. Belajar lagi..



Umno melalui rakan-rakan blogger mereka nampaknya secara bersungguh-sungguh benar mahu mengaibkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan tuduhan kaki botolnya.

Namun, apa yang dibuat oleh mereka keterlaluan sehingga sanggup membuat gambar palsu bagi membuktikan tuduhan mereka.


Gambar asal.

Gambar yang diedit.

Walaupun Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein menafikan Umno terlibat dengan tuduhan itu, tetapi akhbar Umno sendiri antara yang terlibat dengannya secara langsung.

Ia disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia Ahad lepas dengan berselindung di sebalik cabaran dari Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Ekoran dakwaan muka depan Mingguan itu para blogger Umno berbondong-bondong kononnya menyahut cabaran Azmin untuk membuktikan Zaid kaki botol.

Gambar asal..

Gambar yang telah diedit.

Dalam laman ini adalah dua gambar yang disiarkan oleh para blogger Umno ini kononnya ia adalah bukti Zaid sedang minum arak padahal ia hanya gambar yang dibuat semula secara palsu.

Di siarkan juga gambar asal yang di'super impose'kan oleh para blogger ini atas dasar untuk memberikan bukti kepada Azmin, ini dia buktinya.

Harakah Daily

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post