P094 : Muhyiddin cuba Memperbodohkan Pengundi

Kan aku dah cakap kat sini hari tu.. Nama Kamalanathan ini diletakkan kerana ianya senang dimanupulasi oleh UMNO/BN.. Nama Kamal akan diperkenalkan kepada pengundi Melayu manakala Kamalanathan pula akan diperkenalkan kepada pengundi India..

Dan Muhyiddin pula telah menambah “Alan” pula akan digunakan sebagai nama Cina kepada Kamalanathan..

Jelas kelihatan disini Muhyiddin telah terpengaruh dengan propaganda bodoh Blogger Pro UMNO yang mahukan Kamalanathan diletakkan sebagi calon PRK Hulu Selangor sebelum Samy Vellu meletakkan nama Palanivel..

P. Kamalanathan menurut beberapa Blog Pro UMNO dikenali juga dengan nama manja Kamal..

Jadi nampaknya kelebihan P. Kamalanathan calon BN di Hulu Selangor ini hanyalah terletak pada namanya saja, tiada kelebihan yang lain dari selain namanya yang boleh dimanipulasi oleh UMNO/BN..

*******************************

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata wabak 'penyakit mulut' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menular apabila dia mendakwa nama calon Barisan Nasional, untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan mencerminkan konsep 1Malaysia.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India.

“Muhyiddin menghina kebijaksanaan 65,000 pengundi Hulu Selangor dengan 'sampah' sedemikian.

“Adakah Kamalanathan akan menjawab di kalangan orang ramai jika seseorang memanggilnya “Kamal” atau “Alan”? Tentunya, tidak” katanya dalam ketika berkempen di beberapa kampung di Kuala Kubu Baru hari ini.

Menurut Lim, jika nama Kamalanathan mewakili nama “Kamal”, “Alan” dan “Nathan”, dia sepatutnya mempunyai nama yang lebih panjang dan dipanggil “Kamalalannathan”!

“Calon BN
bagi kerusi Hulu Selangor itu akan menjeling ke arah anda jika dipanggil dengann nama itu,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga mempertikaikan sama ada nama Muhyiddin Yassin layak disifatkan sebagai mencerminkan nama “1Malaysia”.

“Di mana komponen Cina dan India. Bagaimana pula dengan komponen Kadazan dan Iban?” soalnya.

Katanya, semua nama rakyat berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban melambangkan 1Malaysia kerana ia adalah bukti Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa.

“Muhyiddin tidak sepatutnya memperkecil-kecilkan nama rakyat, sama ada berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau mana-mana rakyat Malaysia.

“Amat mendukacitakan kenyatan itu datang daripada seseorang yang mendakwa dirinya adalah Melayu terlebih dahulu dan rakyat Malaysia kemudiannya dan cuba memperkecilkan kononnya calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tidak mempunyai nama 1Malaysia berbanding Kamalanathan,” katanya lagi.

Lim berkata Muhyiddin harus sedar bahawa dia telah menjadikan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dan gurauan yang besar.


Sumber

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ramai yang masih tak faham apa ini 1 Malaysia!
    Apa yang nak di"SATU"kan?
    Bangsa? Macam mana nak satukan bangsa Melayu, India, Cina dll ni?
    Budaya? Budaya Melayu nak dicampuradukkan dengan budaya Cina, India dan yang lain? Nanti Perkasa marah!!!
    Bahasa? Cuba campurkan B. Melayu dengan Bahasa Tamil dan Bahasa Manderin dalam satu ayat!!! Apa jadinya?
    Politik? Umno dengan Melayunya, MIC dengan Indianya dan MCA dengan Cinanya! Bila nak buat "SATU" parti?
    Negeri? Mengapa tak hapus semua nama negeri dan panggil semua Malaysia sahaja?

    Israel boleh le!!! Dia wujudkan negara untuk orang Yahudi sahaja. Sebab itu dia nak hapuskan bangsa Palestin tu! Nak ikut itu ke?

    Bila Umno nak hapuskan MIC, MCA dll tu?

    ReplyDelete
  2. Astagafirullah! Macam ni ke standard kepala otak seorang Timbalan PM? kalau aku yang bercakap macam tu tak apa lah aku ni bukan siapa pun. Aku yakin Muhyiddin ni tak lama jadi TPM, nampak dah tanda2 dia ni pun akan join kelab "TPM yang dibuang". Najib tu dah tak tahan dah sebab mana boleh tahan yop bila ada timbalan yang lebih bodoh dari dia, berat lah bila dua2 bodoh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post