P094 : Petugas PAS Kelantan sudah mula tiba...

Sebelum itu.. Cuba perhatikan Penolong Setiausaha PAS Cawangan Kampung Kelapa , Mohamad Zin Mahat, 69. Beliau yang sudah uzur dan terpaksa bertongkat pun masih aktif dalam perjuangan..

Tidak malukah kita kepada beliau?? Kita ini yang masih sihat walafiat, berjalan tidak memerlukan tongkat, hanya memerhatikan dari jauh... melalui internet.

Hanya hebat bercakap di kedai-kedai kopi sesama kawan-kawan..

Ajak pergi penamaan calon pun berbagai alasan yang diberikan..



HULU SELANGOR, 16 April: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yakin 70 - 75 peratus pengundi Cina di Hulu Selangor akan memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil kawasan ini 25 April ini.

Beliau juga yakin, lebih 60 peratus pengundi India juga akan memberikan sokongan kepada calon Pakatan walaupun calon BN adalah P Kalamathan dari MIC.

Di Hulu Selangor, pengundi Melayu adalah seramai 32,020 atau 52.7%, Cina seramai 16,964 atau 26.3%, India 12453 (19.3%) dan lain-lain 3,063 (1.7%).

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mendapatkan sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu di kawasan ini," kata beliau ketika meraikan petugas PAS (gambar) dari Kelantan di Kampung Kelapa, Kuala Kubu Baru pagi tadi.

18 petugas PAS dari tiga kawasan iaitu Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah sudah tiba di kampung berkenaan yang menjadi kawasan penempatan mereka.

Mereka adalah kumpulan pertama petugas PAS dari Kelantan yang datang ke Hulu Selangor untuk membantu jentera Pakatan Rakyat.

Malam ini dan esok, dua lagi kumpulan dari Kelantan akan sampai bagi membantu jentera PAS di Hulu Selangor ini.

Hassan Ali menemui para petugas ini bagi menyatakan ucapan terima kasih PAS Selangor di atas kedatangan mereka.

Sebelum itu, Hassan bersama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan zakat kepada para asnaf yang layak di Masjid Kuala Kubu Baru.

Sementara itu, PAS Cawangan Kampung Kelapa yang terletak di pekan Kuala Kubu Baru yakin masyarakat India disitu akan menyokong calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.

Penolong Setiausahanya, Mohamad Zin Mahat, 69, (gambar kiri) berkata, janji ini dinyatakan mereka kepada beliau sendiri.

"Salah seorang dari mereka yang memanjat kelapa dekat rumah saya untuk memasang bendera PAS dan Keadilan atas pokok itu," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily.

Melihat kepada kedatangan yang begitu ramai orang Melayu dalam majlis bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Masjid Kuala Kubu Baru pagi tadi, beliau juga yakin kebanyakan orang Melayu juga akan bersama Pakatan Rakyat.

Beliau yang sudah uzur dan terpaksa bertongkat datang bertemu Hassan Ali yang menziarahi petugas dari Kelantan yang ditempatkan di kampung itu.


Harakah Daily

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ASD

    Kau perli aku ke? Aku punya alasan bukan kecik punya hal, aku tak boleh tunjuk muka kat sana sebab aku adalah ahli UMNO yang tak sokong UMNO....he..he..he..ada ramai macam aku ni dalam UMNO tapi selagi tak tunjuk muka kau jangan risau lah.....undercover yop....

    ReplyDelete
  2. FMZam..

    Bukan aku nak perli hang la..

    Tapi kata kat kawan-kawan aku yang last minute cancel nak pi Hulu Selangor tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post