P094 : UMNO terus serang Zaid menggunakan Isu arak.

Semalam Zaid mengakui beliau pernah mengambil alkohol masa-masa lalu, mengesahkan tuduhan dibuat oleh rakan-rakannya dari Umno yang beliau pernah anggotai satu ketika dahulu.


HULU SELANGOR, 19 April — Calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim tiada strategi khusus untuk melawan serangan Umno-BN mendakwa beliau “tidak Islamik”, sebaliknya tidak putus asas untuk memikat pengundi-pengundi dengan meyakinkan yang beliau kini “seorang yang sudah berubah.”

“Jika pengundi tidak percaya saya, bermakna saya tidak boleh buat apa-apa,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika mengadakan lawatan ke kawasan estet Kg Hasan di sini pagi ini.

“Ini strategi saya. Saya sudah pun mengatakan segala yang perlu,” kata peguam yang menjadi ahli politik.

Anak kelahiran Kelantan ini pernah bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru pada 2004.

“Saya telah membuat perakuan, saya telah memohon maaf. Jadi, saya akan terus berkempen dengan menemui pengundi-pengundi,” kata bekas menteri persekutuan ini apabila ditanya serangan bertubi-tubi kempen Umno semalam — hari kedua kempen pilihan raya kecil ini.

Laman-laman web pro-Umno dan BN menyiarkan gambar seolah-olah menunjukkan Zaid sedang mengambil minuman keras. Imej terbaru dimuatkan hari ini oleh satu blog tetapi keaslian dipertikaikan banyak pihak.

Semalam Zaid mengakui beliau pernah mengambil alkohol masa-masa lalu, mengesahkan tuduhan dibuat oleh rakan-rakannya dari Umno yang beliau pernah anggotai satu ketika dahulu.

Zaid dipecat Umno akhir 2008.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan dengan berkata, Zaid sudah berubah selepas mengunjungi Mekah.

Umno-BN menggunakan isu itu sebagai modal kempen untuk menarik pengundi-pengundi Melayu yang merangkumi hampir 60 peratus di bahagian Hulu Selangor.

Pagi ini Zaid mengadakan lawatan ke pekan Felda Gedensang dan Kg Kesir Tengah.

Dalam kunjungan menemui penduduk di kawasan-kawasan berkenaan, Zaid bersalam dan melahirkan harapan bahawa mereka akan mengundi beliau.

Dalam pada itu, peneroka-peneroka Felda yang menemui Zaid menyambut beliau dengan senyuman tanpa berkata apa-apa.

“Saya mahu membantu yang miskin. Pekerja-pekerja ladang di Malaysia masih dalam kesusahan. Apa yang BN lakukan walaupun menguasai Negara lebih 50 tahun?” kata Zaid kepada sekumpulan 60 orang.

Kebanyakan mmengangguk seolah-olah bersetuju dengan beliau, sekali gus meletakkan harapan agar usaha awal untuk membantu mereka.

“Saya perlu mengakui saya tiada strategi. Apa yang saya lakukan ialah bercakap dengan anda secara terus, meminta agar saya diberikan satu peluang. Saya mahu berkhidmat untuk anda,” katanya.

Zaid mempunyai lima hari lagi untuk memujuk pengundi Melayu yang skeptikal bahawa beliau adalah “seorang yang telah berubah” sambil mengetahui bahawa majoriti pengundi bukan Melayu berada di pihak PKR.

Bagaimanapun semalam Penasihat DAP Lim Kit Siang menasihatkan Pakatan Rakyat agar tidak terlalu yakin akan mampu mengekalkan kerusi Hulu Selangor ini.

Pengundian adalah pada 25 April ini.


The Malaysian Insider

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. UMNO menggunakan kesempatan memaksimakan kaedah pembunuhan watak kerana Kamal-Ah Lan-Nathan seorang bayi yang belum ada dosa untuk dibalas balik oleh Pakatan. Namun kita lebih suka Zaid kerana dia jujur sanggup akui dan dia telah bertaubat pergi naik haji. Yang kita kena ingat ialah si Kamal tu walaupun masih bayi tapi sudah pandai membodek Perkasa, jadi boleh bayangkan bayi ini akan segera bertukar menjadi raksaksa bila saja dia mula menikmati kuasa. Rakyat Hulu Selangor jangan buang masa memilih seorang bayi hanya untuk dibesarkan menjadi raksaksa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post