Beberapa orang individu yang merupakan penyokong kuat Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru dikatakan sedang bersiap sedia untuk melompat keluar parti.
Mereka dipercayai merasa cemburu dengan layanan istimewa yang diberikan oleh Najib terhadap Ahli Parlimen Bebas itu.
Antara layanan yang dikatakan istimewa itu ialah melancong ke Washington, US dengan penginapan dan makan minum ditanggung kerajaan yang menurut mereka telah diterima oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru itu sebanyak dua kali.
Mereka juga berharap dengan melompatnya mereka keluar dari PKR, Najib juga akan membawa mereka turut serta bersama-sama Ahli Parlimen Bebas dalam setiap lawatan ke US..
Berita dari edisi aku.. berita sebenar sila baca dibawah..
Pengikut Zahrain sedia isytihar lompat
Mohd Sabri Said
BAYAN BARU, 8 April: Seperti biasa, menjelang kempen Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, beberapa orang individu yang bersekongkol dengan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dikatakan sedang bersiap sedia untuk melompat parti.
Mereka yang dulunya merupakan Jawatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Bayan Baru telah ditamatkan perkhidmatan ekoran prestasi yang buruk kerana tidak mampu melakukan kerja membantu kerajaan Pakatan Rakyat negeri.
Berita tersebut kini tersebar luas kononya 200 orang pengikut Zahrain turut kecewa dan mahu meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai Umno.
Majlis penyerahan borang Umno kepada Pengerusi Umno Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi dijangka diadakan di sebuah hotel di sini.
Program tersebut dirancang bagi menggandakan propaganda Barisan Nasional (BN) untuk meraih simpati rakyat terhadap parti itu setelah dimalukan pada pilihan raya umum ke-12 lalu di samping sebagai bahan kempen menjelang Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Bekas Ahli Parlimen PKR itu akan diperkudakan oleh Umno nanti sehinggalah selesai pilihan raya kecil itu bagi mengatakan bahawa perjuangan Umno sebenarnya benar dalam menjuarai rakyat dalam apa hal sekali pun.
Harakah Daily

Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!