"saya menghadiri perhimpunan melibatkan Sammy Vellu di Rawang dan sempat bertanya mengenai saham Maika Holdings tetapi Samy Vellu tidak memberi sebarang reaksi dan terus muncul orang suruhan beliau untuk mencederakan saya".
Gambar S. Nadaraja
Oleh Qayum Rahman
Pemegang saham syarikat Maika Holdings Sdn Bhd, S. Nadaraja didakwa dipukul oleh enam orang kanan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu kerana mengemukakan soalan mengenai saham terkini syarikat tersebut.
Nadaraja berkata, "saya menghadiri perhimpunan melibatkan Sammy Vellu di Rawang dan sempat bertanya mengenai saham Maika Holdings tetapi Samy Vellu tidak memberi sebarang reaksi dan terus muncul orang suruhan beliau untuk mencederakan saya".
"Samy vellu hanya mendiamkan diri dan membiarkan orang suruhannya memukul saya," katanya.
Beliau menyatakan tindakan presiden MIC itu seolah-olah mengamalkan gangsterisme yang hanya untuk kepentingan diri tanpa memikirkan kesan buruk kerana menindas orang bawahan.
Menurutnya, kejadian tersebut turut melibatkan seorang jurugambar akhbar Tamil Nesan yang menyebelahi Samy Vellu dengan memukul beliau bersama lima yang lain.
"Saya tidak menyangka bahawa jurugambar tersebut sanggup bersubahat dengan Samy vellu yang menggunakan kekerasan untuk menutup kebenaran mengenai penyelewengan saham syarikat tersebut," jelasnya lagi.
Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kerakusan Samy Vellu menggunakan "gangsterisme" perlu di ambil tindakan kerana ia adalah keterlaluan hingga menguasai pentadbiran.
Beliau berkata, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan tegas terhadap presiden MIC itu. "Saya menyeru Perdana Menteri agar menasihatkan para pemimpinnya supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan sebarang bentuk kekerasan untuk menindas orang bawahan, yang ingin tahu perkara yang sebenar," katanya ketika bersama S. Nadaraja di Parlimen hari ini.
Nadaraja membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya semalam berikutan kejadian tersebut.
freemalaysiatoday
Sama saja macam UMNO, MIC IS RICH THE INDIANS ARE POOR!
ReplyDeleteBukan perkara baru..MIC guna gangster.
ReplyDeleteUMNO guna PEKIDA. Bikin suwey !!!
Ada orang dok buat cerita geng-geng MIC la nie tengah loaded dok buat bisnes dadah le pulak berdasarkan rekod-rekod dadah syabu yang masuk dari india ni UNIT NARKOTIK PDRM kena alert sikit.Puak VIP nie selalu ambil kesempatan Alkisah seorang multimillionaire yang ada beribu-ribu ekar ladang getah serta beribu-ribu pekerjanya dari india.Pekerja wanitanya kerap dibagi peluang balik keindia,rupa-rupanya inilah caranya untuk menjadi kaya,semua pekerja wanitanya dipakaikan hiasan emas untuk diseludup keindia,sampai disana emas itu dipunggut oleh samsengnya dan dia menjadi kaya raya melalui kaedah ini,sehingga terdiri universiti dan hospital pakar diatas sumbangannya.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!