Proud to be Malaysian!! US dapatkan Nasihat Malaysia.

Muka depan Utusan Malaysia Online melaporkan Duta Besar Amerika, Dato Jamaludin Jarjis yang merupakan sekutu rapat PM 1Malaysia mendedahkan bahawa Amerika akan mendapatkan nasihat Malaysia dalam kunjungan PM 1Malaysia bertemu presiden Amerika sempena Sidang Kemuncak Nuklear.

Presiden Amerika itu dikatakan akan mendapatkan pandangan Malaysia berhubungan hubungan di antara Amerika dan negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Mungkin dalam perbincangan dan sesi mendapatkan khidmat nasihat tu, PM 1Malaysia boleh memberi cadangan agar Amerika menggunakan khidmat APCO konsultan Yahudi yang berpengkalan di Israel seperti yang dilakukan oleh Malaysia untuk mempopularkan jenama 1Malaysia.

Mungkin juga PM 1Malaysia boleh menasihatkan presiden Amerika mengambil tindakan serupa seperti yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia dengan merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.

Jadi Presiden Amerika tak perlu korbankan nyawa tenteranya dan bazirkan peluru dan bom untuk menawan Afghnistan, Iraq dan negara umat Islam lain.

Sebagai nasihat tambahan PM 1Malaysia juga boleh mencadangkan kepada Presiden Amerika untuk menggunakan agensi kerajaan seperti polis, mahkamah, SPR, SPRM dan sewaktu dengannya untuk mengekalkan kuasa.

Moga-moga Presiden Amerika akan mendengar nasihat PM 1Malaysia.


Rakyat Marhaen

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Obama tertanya2 apa sangatlah yang Najib ada sampai bawa satu rombongan nak jumpa dia. Datang ke sidang puncak nuklear pun bukannya ada kaitan dengan Malaysia
    , menghabiskan duit rakyat aja bawa rombongan cuma nak jadi pelawat. Tiba2 Obama terfikir, "Sialan kau Najib, kau nak gunakan lawatan ini untuk kempen Hulu Selangor rupanya". Dengan segera Obama telefon Setiausaha Negara "Clinton, kau bagitau si Jarjis tu ada lebih baik Najib jumpa anak dia dari buang masa aku!"

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post