Walaupun nilainya adalah tidak seberapa jika dibandingkan dengan nilai projek-projek yang berharga berjuta-juta seperti yang diumumkan oleh Najib dan Muhyiddin di Hulu Selangor baru-baru ini, tetapi ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak hanya menabur janji untuk memenangi hati pengundi dikala pilihanraya menjelang tiba..
Dan ini juga membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menabur janji janji kosong.....
PERMATANG PAUH, 4 April: Kira-kira 4,000 warga emas telah menyerbu Maybank cawangan Desa Murni, Sungei Dua bagi mendapatkan wang yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bermula sejak semalam sehinggalah ke hari ini kebanyakan cawangan Maybank yang dikhususkan bagi pembayaran wang RM100 seorang tersebut telah dibanjiri oleh warga emas mengikut kawasan pilihan raya masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man (gambar) juga terpaksa berada di pusat pungutan tersebut bagi membantu warga emas yang mempunyai masalah semasa proses pembayaran dibuat.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang terpaksa berada sejak awal pagi sehinggalah proses pembayaran tunai berakhir pada petang ini.
Menurut Mohd Salleh warga emas yang mendapat surat untuk menerima wang daripada Kerajaan Negeri masih boleh menunaikan wang tersebut sehingga 16 April yang akan datang.
"Oleh kerana itu mereka tidak perlu untuk tergesa-gesa atau bersesak-sesak untuk mendapatkan wang tersebut kerana tarikh yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah mencukupi bagi mereka mendapatkan wang yang dijanjikan.
"Proses pembayaran berjalan lancar dengan kerjasama yang begitu baik diberikan oleh pihak bank kepada semua warga emas yang ingin menunaikan wang tersebut.
"Kehadiran semua petugas daripada pusat khidmat Dewan Undangan Negeri dan juga JKKK juga adalah bagi membantu petugas dan kakitangan bank untuk melicinkan proses pembayaran wang tersebut,"katanya semasa ditemui di Maybank cawangan Desa Murni, Sungei Dua.
Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain terpaksa berhadapan dengan 5 ribu warga emas bagi kawasan Parlimen Kepala Batas yang turut membanjiri Maybank cawangan Bertam, Kepala Batas untuk membantu mereka yang menghadapi masalah dalam proses pembayaran tersebut.
Pembayaran yang dilakukan sejak semalam sehinggalah ke hari ini secara tunai telah menyebabkan warga emas terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan wang tersebut.
Rosidi berkata, kehadiran yang begitu menakjubkan membuktikan bahawa pemberian yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi proses pembayaran wang RM100 ini adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh warga emas sebagai menghargai mereka selama ini.
"Proses pemberian ini merupakan salah satu tindakan terbaik yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghargai warga emas yang ada dalam negeri ini walaupun jumlahnya tidak begitu banyak.
"Namun begitu setidak-tidaknya ia dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tersebut,"katanya.

ye ke atau nak gimik je.
ReplyDeleteSatu Pulau Pinang dah di banci ke berapa ramai warga emas? Kenapa sekarang yek? Tiap tiap bulan ke?
RM100 x anggaranwargaemas 200,000 = RM20,000,00.00 sebulan. Kalau setahun 240,000,000.00 (tiap tiap bulan kasi warga emas) fuyooo
banyak sungguh duit kerajaan negeri ye...dapat kat mana yek. Aku rasa ada udang sebalik mee la...tp orang kata korang nak bagi ambik saja..
Haloo.. anonymous April 5, 2010 12:21 PM
ReplyDeleteNak banci buat apa? Jabatan pendaftaran ada, kenapa nak buat kerja susah?
Pendaftaran dah dibuat dari tahun lepas lagi dan sumbangan telah diagihkan kepada sesetengah wargaemas dari 2 minggu lepas..
Hang tau baca atau tak tau.. setahun sekali atau tiap-tiap bulan yang berita tu tulis.
Setahun sekalipun lebih baik dari RM50 dan sehelai kain batik/pelekat yang UMNO/BN bagi 5 tahun sekali tu..
Jangan main sondol saja..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!