ke FELDA Gedangsa, di Hulu Selangor.
Tak taulah siapa punya kerja.Poster pilihanraya Datuk G Palanivel ini kami temui tergantung pada sebatang tiang letrik di Kampung Serigala sewaktu dalam perjalanan menuju ke Felda Gedangsa di Hulu Bernam. Poster yang sama ditemui di Sg. Selisik.
Nampak macam usaha nak melobi habis Timbalan Presiden MIC itu bertanding juga dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. Mungkin juga ia perbuatan mereka yang sengaja nak bagi orang marah dan 'kasi bungkus’ Palanivel.
Beberapa orang kampung di situ yang ditemui kata mereka sendiri tidak tahu siapa yang sangkut poster itu.
Poster yang sama ditemui tersangkut di pekan Hulu Yam Baharu yang terletak lebih 50 kilometer dari situ.

Pintu gerbang ke FELDA Gedangsa. Walaupun kerajaan BN ( dahulunya Perikatan) yang bangunkan tanah rancangan itu, tetapi poster pembangkang yang tertera di situ,
Ahad,semalam saya dan rakan sekerja Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz menghabiskan masa yang panjang untuk ‘pusing-pusing’ sekitar kawasan Parlimen Hulu Selangor untuk mendapatkan 'feel' menjelang pilihanraya kecil di situ.
Badrul,bekas YB kita di kawasan Parlimen Hulu Langat sselama dua penggal dulu dan juga bekas wartawan Utusan berasal dari Hulu Yam yang terletak dalam kawasan parlimen itu.
Namun dia tersipu-sipu mengakui ini adalah kali pertama sejak ikut arwah bapanya, ketua UMNO cawangan semasa hujung 1960-an dulu masuk ke kawasan Hulu Selangor yang terletak di seberang Lebuh Raya Utara Selatan.
Di kawasan itu ada Felda Gedangsa,Felda Soeharto,Sungai Tengi, Sungai Dusun, Sungai Buaya dan segala macam tempat lagi.
Kami terasa ibarat melangkah masuk ke dunia baru kerana sebelum ini Hulu Selangor yang lebih dikenali ialah Serendah,Batang Kali, Kuala Kubu Bharu, Rasa dan Kalumpang kerana ia terletak di kawasan laluan jalanraya Persekutuan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.
Laluan untuk masuk ke kawasan yang cukup luas itu ialah simpang di Hulu Bernam sebelum sampai ke pekan Tanjong Malim atau melalui simpang tol Behrang di Lebuh Raya Utara Selatan.
Jauh ke tak jauh kawasan itu, bayangkan ia bersempadan dengan kawasan parlimen Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta Tanjung Malim di Perak..
Bermula jam 10 pagi dan sampai balik ke rumah Badrul di Hulu Yam Lama jam 6 petang…itulah masa yang diambil untuk 'round' habis kawasan Hulu Selangor yang besar sikit daripada negeri Melaka itu.
Kami masuk melalui simpang di Hulu Bernam melalui ladang milik syarikat Kuala Lumpur-Kepong melalui Kampung Serigala,Sungai Selisek ke Felda Gedangsa dan kemudiannya ke Felda Soeharto dan Sungai Tengi.
Keluar melalui tol Behrang melalui Lebuh Raya Utara Selatan masuk ke Lembah Beringin, kemudiannya ke Sungai Buaya lepas itu Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa keluar ke jalanraya persekutuan di Rasa.
Yang pasti ‘ menangislah’ kalau nak berkejar dari pusat pentadbiran Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu misalnya ke Felda Soeharto.
Seorang guru yang lama bertugas di Felda Gedangsa memberitahu kami mengenai satu cerita lawak tentang seorang guru muda yang baru bertukar dari Kedah ke Hulu Selangor.
Katanya wajah guru itu mulanya begitu ceria melihat poskod alamat sekolahnya menggunakan Kuala Kubu Bharu, di samping dimaklumkan dapat kuarters berupa apartment mewah..
Sangkanya jarak sekolahnya dekat sahaja dengan Kuala Kubu Bharu.
Katanya, wajah guru itu berubah terus apabila dia sampai ke lokasi sebenar sekolah itu yang terletak di Felda berkenaan mengenangkan jaraknya yang jauh itu.
Kalau siang boleh tahan juga. Malam hari minta maaf. Jalannya sunyi sepi melalui hutan dan ladang kelapa sawit.
Mereka yang bertugas kempen di kawasan Felda dan kampung-kampung kecil di situ nampaknya kenalah ‘berkampung’ di situ.
Kecuali di pusat kawasan Felda di situ jarak rumah antara satu dengan lain boleh tahan jauhnya.
“Dulu aku jadi Ahli Parlimen Hulu Langat ( Kajang,Bangi,Semenyih,Dusun Tua dan sebagainya) tempat-tempatnya tak terasa sunyi begini. Sana sini ada saja rumah orang ”kata Badrul semasa kami melalui jalan yang sunyi sepi menuju ke Felda Soeharto.
Ikut ceritanya kawasan-kawasan Felda yang jauh itu merupakan antara ‘ fix deposit’ BN bagi Hulu Selangor kerana kebanyakan mereka di situ penyokong UMNO.
Apa juga pembangunan yang ada di situ adalah hasil buah tangan semasa pemerintahan BN dahulu. Tidak nampak apa kerajaan pakatan pembangkang Selangor yang sudah perintah lebih dua tahun ada buat di situ.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Lek (sedang menyapa seseorang) ketika berkunjung ke pekan kecil Rasa, Ahad.
Ada penduduk di beberapa buah kampung yang ditemui kata mereka tidak pernah nampak batang hidung arwah Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad langsung masuk ke situ.
“Sekarang ni dekat-dekat pilihanraya kecil ni baru nampak budak-budak Pakatan Rakyat ke hulu ke hilir.
“Anwar pun sudah berceramah di Sungai Tengi .Dulu siapa pun tak nampak,”kata seorang yang ditemui di Felda Gedangsa.
Walaupun 17 April merupakan hari penamaan calon, di beberapa tempat parti-parti yang berkenaan sudah buka bilik gerakan.
Namun pada siang harinya yang boleh nampak hanya khemah dan kerusi sahaja.

Beberapa remaja India sedang memasang bendera di bangunan usang, bekas pejabat penhulu di Hulu Yam Baharu.
“Kemeriahan’ suasana memang terasa di Hulu Selangor sebelah Lebuh Raya Utara Selatan.
Cuma Lembah Beringin yang dimasuki menerusi persimpangan tol di lebuhraya itu agak suram kerana pembangunan kawasan itu terencat habis selepas krisis kewangan 1998 dahulu.
Hanya padang golfnya nampak hidup sikit. Banyak yang terbengkalai di situ. Kawasan perumahanya tidak banyak didiami manakala rumah-rumah kedai kosong.
Krisis kewangan 1998 memang banyak makan korban di sekitar Hulu Selangor. Kesannya juga dapat dilihat apabila ke Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang diimpikan oleh zaman pentabiran Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk dijadikan kawasan industri dan ‘ dry port’ di Utara Selangor.
Walaupun ramai penduduk di kawasan itu dan begitu juga kilang-kilang tetapi kerana banyak yang dirancang tidak menjadi kerana krisis kewangan berlaku 'oversupply' rumah,rumah kedai dan kawasan kilang.
Perhatikan poster Palanivel di sebelah kiri -atas.
Ini menyebabkan pemandangan rumah kosong dan rumah kedai terbiar dan projek terbengkalai mewarnai kawasan yang terletak tidak jauh dari kilang kereta Perodua itu.
Ramai di situ yang berterima kasih dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peruntukan besar mengecat dan memperbaiki sebilangan flet penduduk yang dahulunya bagai ‘ rumah hantu’ kerana kusam dan tidak diselanggara dengan baik.
Kerja-kerja untuk tujuan itu kelihatan sedang rancak berjalan.
Di Bukit Sentosa kelihatan 'command centre' BN untuk pilihanraya kecil ini sudah hampir siap.
Kawasan berkenaan sebenarnya bukannya pusat Hulu Selangor. Namun ia boleh diakses dengan mudah menerusi persimpangan tol Bukit Beruntung dari Lebuh raya Utara Selatan.
Dari situ juga ada kemudahan laluan jalan dua lorong hingga ke Rasa atau ke Sungai Choh.
Di pekan Rasa kami bersua dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedang buat 'walkabout' dari kedai ke kedai.
Beliau bersama sebilangan pemimpin MCA nampak bersemangat beramah mesra dengan orangramai di situ.
Pekan rasa mempunyai jumlah penduduk kaum Cina yang ramai selain di bandar kecil Kuala Kubu Bharu, pekan Hulu Yam dan beberapa tempat lain.
Bagi orang Kuala Lumpur yang malas nak ke Hulu Yam lalui kesesakan lalulintas menerusi jalan persekutuan dari Selayang alternatif terbaik ialah menggunakan laluan jalan atas bukit dari Sungai Tua,Selayang ke situ yang boleh tembus ke simpang naik ke Genting Highlands atau ke Batang Kali.
Seperti juga di tempat-tempat lain,apa jua pembangunan yang dilihat baik di Hulu Yam mahupun Batang Kali adalah peninggalan kerajaan BN dulu.
Batang Kali misalnya sudah jadi pusat yang meriah hasil projek yang dikendalikan oleh anak syarikat PKNS,Ligamas masa zaman Tan Sri Muhammad Muhd.Taib.
Tiada siapa yang sangka Batang Kali yang pada tahun 1990-an sunyi sepi kini jauh berubah wajah.
Sebagai anak tempatan,Badrul mengakui susah Pakatan Rakyat nak 'claim' apa yang ia dah buat di Hulu Selangor selama dua tahun ini.
“Apa pun belum nampak lagi. Memang kerja mudah Pakatan Rakyat masuk dan menempek saja pada kerja yang orang lain dah lama buat…”,katanya sewaktu kami berhenti di pekan Hulu Yam Baharu melihat beberapa orang belia India sedang sibuk memasang bendera PKR di sebuah banguna buruk di situ.
Kawasan Hulu Yam dijangka menjadi kawasan tumpuan kempen. MCA sendiri sudah buka beberapa bilik gerakan di situ.
Di persimpangan jalan di pekan itu masih ada kain rentang program EXCO DAP Selangor Ronnie Liu yang diadakan kelmarin.
Pada sebelah pagi sebelum kami bertolak, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil turun bersama jentera Wanitanya mengadakan program tidak jauh dari pekan itu. Menteri Pembanguna Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Shafie Apdal turut hadir di Sungai Selisik
Asal di Rakyat Marhaen
pehhh!!! datang inform!!
ReplyDeleteinilah hulu selangor yang kami duduki dan tempuhi dengan penuh cabaran!
Insyaallah..
ReplyDeleteKalau tak ada aral.. sampailah hari Sabtu ni..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!